Entri ini khas untuk 'kamu'
1 Mei 2010... Genap 2 tahun peristiwa itu berlaku... 2 tahun sudah kita melaluinya... tanpa siapa pun yang tahu... "Hanya Kita Berdua".
Semalam... tanpa disedari kita berbicara lagi tentang itu... Rumusan selepas dua tahun peristiwa itu berlalu.. Kita kini punya haluan yang berbeza...rasa tanggungjawab yg lebih besar utk membahagiakan org2 di sekeliling kita...
"Kalaulah masa tu saya.....mesti kita......bla bla bla"
"Kalaulah masa tu kamu... mesti kita......bla bla bla"
Jawapannya..."tak semestinya" kerana mungkin kamu memang baik... tapi bukan yang terbaik utk aku kerana dalam setiap doaku... "Ya Allah, kalau dia yang terbaik utk aku...permudahkanlah...jika tidak kau gantikan yang lebih baik untuk aku" dan nyata Allah mendengar doa-doa itu..
"Ini yang pertama dan terakhir" dan kini kata2 itu memang kita pegang walaupun selepas 2 tahun...
Seperti nasihat2 kamu... jangan cuba dibandingkan apa yg ada sekarang dengan apa yg ada pada kamu...InsyaAllah akan kupegang untuk kebahagiaan kami...
Kamu menyaksikan jatuh bangunnya insan bernama iza hafizah
Kamu mendengar tawa dan tangis aku
Kamu melayan rajuk hati aku
Kamu menahan kemarahanku
Kamu berkongsi kesukaan aku
Kamu menyokong keputusanku
Walaupun aku tahu...
Kamu terpaksa untuk melakukan itu
Percayalah... walaupun tanpa ikatan.. tanpa sebarang janji... kamu telah mengisi kekosongan hati ini sementara menunggu 'dia' hadir.
Dan kini...selepas dua tahun dia telah hadir... pergilah kamu mencari kebahagiaan kamu... kerana telah ada 'dia' mengisi kekosongan itu...
Dan percayalah... "Kebahagian kamu, kebahagiaan aku juga"
p/s: Jika 'dia' membaca blog ini... ketahuilah ia hanya satu entri untuk seorang kawan lama... Tiada yg lebih,tiada yg kurang..kerana 'dia' adalah yg tebaik utk aku.