LOVE

LOVE
LOVE
Showing posts with label percutian bajet. Show all posts
Showing posts with label percutian bajet. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Cabaran 30 Hari Day 15: Romantika di Kuching



Hari ni nak throwback balik 1st time kami berdua terbang bersama. Destinasi kami kali ini adalah
Kuching, Sarawak.

Awal - awal lagi kami plan nak buat aktiviti berbeza dari kebiasaan. Kiranya shopping tu kira aktiviti terakhir kami di Kuching.

Request kat Jerry nak spent satu malam kat hotel je tanpa aktiviti yang terlalu pack. So gigihla kami suami isteri google hotel yang terbaik untuk kami habiskan masa seharian tu.

Day 1

Kami landing di Airport Kuching lebih kurang 9 pagi. Terus ambil cab ke


DAMAI PURI BEACH RESORT, SENTUBONG

Perjalanan dari airport ke Damai Puri Beach Resort mengambil masa 45 minit. Anggaran tambang teksi RM75.

Sampai je ke hotel, terus kami check in. Bestnya hotel ni sangat eksklusif dengan jumlah guest yang terhad. So kalau korang smp awal blh terus check in. Tak perlu tunggu sampai pukul 2 petang kan.



Dapat je masuk bilik.... Subhanallah memang kagum sangat dengan ciptaan Allah. Just imagine korang... Dari balkoni bilik korang boleh nampak Gunung Sentubong, laut, dan swimming pool yang memang melambai - lambai.





Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lepak atas katil ditemani bunyi ombak memang terbaik!!!

Lunch kami keluar dari hotel ke food court berdekatan. Betul betul berdepan dengan Kampung Budaya Sarawak. 5 minit je jalan kaki dari Damai Puri Beach Resort. So terus la kami beli tiket masuk ke Kampung Budaya Sarawak. Ni satu lagi tips utk korang yang ada student kad.. Sila lah bawa ye. Tiket masuk tanpa student card RM60 dan utk student hanya RM15. Bezanya masuk dgn harga student ni tak dapat buku yg mcm pasport utk kita cop rumah2 yg kita lawati


Make sure tak terlepas show pukul 4 petang di Kampung Budaya Sarawak. Habis je show, balik semula ke Damai Puri Beach Resort. Petang masa untuk swimming pulak. Mula-mula kami mandi laut pastu terus terjun pool. Dari pool korang boleh order la hot chocalate ke coffee ke minum sambil menikmati keindahan laut China Selatan. Heaven betul!



Kata pun honeymoon kan? Malam mesti nak kena ada candle light dinner tepi laut ditemani hembusan bayu laut (niat hati je la)...Cheewah!!!

So Jerry petang lagi dah request nak book table utk dinner atas deck. Takde la nk request candle light dinner bagai... Kata percutian bajet kan... Hihi. 

So malam terus la kami bersiap ke salah satu restaurant dlm Damai Puri Beach Resort... Agak surprise bila diorg dengan baik hati nya dah setting kan candle light dinner utk kami tanpa kami request.... Waaah feeling feeling romantika giteeeew


So setle la crite 1st day kami di Kuching yang sungguh romantika. Esoknya ekspedisi ke Taman Negara Bako dan kami check out tula hotel ke town pulak. Itu kita sambung dalam post yg lain pulak ye.

So untuk kawan2, yang masih mencari Tempat untuk berhoney moon.., sebenarnya dalam Malaysia ni banyak lagi tempat yang kita boleh terokai.

Berapa rate satu malam di Damai Puri Beach Resort? Kalau book melalaui Agoda boleh dapat dalam RM270 termasuk tax. Tapi staf sini ckp itu harga time bukan peak hour... Bukan cuti sekolah, bukan public holiday. Time cuti macam tu... Kalau korang walk in, harga boleh mencecah RM700++ tau!!

Sebab tu tak ramai orang pilih utk check in kt Damai Puri Beach Resort sebab ingatkam harganya mahal. Tapi ada rezeki, godek2 Agoda boleh dapat harga murah. 

Owh sebelum tutup tirai, lupa nk bagitau... Time bukan peak hour, breakfast are not provided. Tapi jgn susah hati, food court yg 5 minit jln kaki tu menghidangkan makanan yg terbaik!!

Nanti kita sambung utk day 2 pulak ye!

Friday, October 24, 2014

Cabaran 30 Hari DAY 10 : Berehat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Agak kecewa bila telah mengupdate entry ini dengan jayanya... tiba2 berlaku kesilapan teknikal maka hilanglah segala kandungan di dalamnya....'

But its okey... why not kita start it again....

Dari dulu memang bercita-cita nak tulis travelog mengenai percutian. Bersama Shaklee segalanya tak mustahil lagi.... Ingat lagi mula mula dulu nak join Shaklee minta izin dari Jerry untuk cari extra income untuk pergi bercuti... Saya memang kaki travel... skali kawin dengan Jerry sama sama suka travel, maka panjanglah langkahnya. Tapi nak bercuti mesti kena ada duit kan... so itulah sebab pertama kenapa kami join Shaklee :)

Nak dijadikan cerita.... haritu memang letih sangat. So merengek kat Jerry nak check in kat mana - mana hotel untuk berehat. So Jerry serahkan pada saya untuk decide mana-mana hotel. :)

Mula-mula kami check in di sebuah hotel di Klang Valley.... memandangkan tahap kebersihan dia yang tak berapa best terpaksa kami mengundurkan diri.... Last-last tanya Jerry boleh tak kita check in kat


AVILLION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON




Ini gambar kunjungan pertama kitaorang stay di Avillion Admiral Cove, Port Dickson ni....Masa mula2 stay dulu memang rasa relax sangat sebab tu kitaorang decide untuk datang lagi kali ni!


Pada korang yang nak spent masa bergolek golek di bilik hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson adalah tempat yang sangat sangat dicadangkan :)


View dari bilik

Kenapa?

  1. Lokasi tak jauh dari KL....
  2. Deco bilik dia sangat unik.... lain dari bilik bilik hotel yang lain 
  3. Dari bilik... korang dah boleh nampak view kapal-kapal mewah yang memikat hati
  4. Yang paling saya suka...pool dia buka sampai pukul 9 malam dan tak perlu swimming suit.... hehe



Let pictures talk

Ini dari pintu masuk bilik... Sila JANGAN abaikan beg Shaklee tu ye :) 




Dicadangakan korang request Panorama Room with Sea View.... So design biliknya agak unik dan bila korang perlukan privacy just tarik je partition tu.... Kalau rasa nak ambik angin luar... lepak je dekat sebelah tu sambil menikmati keropok lekor, goreng pisang, air kelapa yang kitaorang tapau awal-awal sebelum check in tadi :)





Inilah view kami dari bilik hotel..... Subhanallah tenangnya rasa... hilang segala penat..... Owh yeah... bagi korang yang type work at home punya person macam Jerry... work station ada disediakan.... while saya tengah bermalas malasan..... bolehlah Jerry gigih siapkan2 kerja kerja dia sambil mencari ilham hehehe. Bilik ni lengkap dengan internet tapi perlu pakai kabel yang boleh dipinjam dari kaunter reception....





Breakfast disediakan..... So hanya pikirkan minum petang dan juga dinner. Tak perlu susah hati sebabb di Port Dikcson tak susah nak cari makanan.... Ada pelbagai pilihan kedai kedai makan di sepanjang jalan. So malam tu kami pekena ikan bakaq la.... kan....




Malam hari.... Pantai Port Dickson masih lagi happening... So lepas menikmati ikan bakar... kitaorang lepak lepak kat pantai. 

SERIUS HAPPENING!! 

Masa kami pergi tu... pukul 12 malam pun ramai lagi orang kat pantai dengan aktiviti masing masing... golongan remaja dgn aktiviti bola tampar pantai.... yang mak dan ayah bawak anak anak mengejar ketam.... dan yang paling best ada lori-lori kecik yang jual colek colek..... best la makan colek colek tepi pantai sambil menikmati bayu laut.....


Esoknya sebelum check out... Manager bertugas hari tu berbesar hati bawa kitaorg pusing-pusing bilik bilik lain yang disediakan di Avillion Admiral Cove, Port Dikcson





Lain orang lain citarasanya... so terpulang korang nak pilih bilik mana.... Janji korang enjoy dan rasa rest je sepanjang kat sana.



Berapa rate semalam???

Rate dari AGODA boleh dapat dalam RM280- Rm300 per nite. Untuk gomen... ada government rate tau, yang penting bawa kad staff.


So kalau korang sedang survey hotel mana untuk korang bermalam tanpa aktiviti pack dan memang nak memanjakan diri.... Avillion Admiral Cove, Port Dickson adalah sangat sangat kami cadangkan





Last but not least tempek sekeping gambar buah hati saya yang sentiasa support saya all the time :)




Cinta hati saya.... yang support saya all the time :)

Wednesday, June 18, 2014

Percutian Bajet Sydney




Dah sebulan balik.
Truly backpackers

Nati saya share satu persatu tips percutian bajet di Sydney

Rindu circular quay
Rindu Manly
Rindu Bondi
Rindu Blue Mountain
Rindu DFO
Rindu Ibis
Rindu Miranda ker??

hehehe :) 



Ibis Hotel

Tuesday, June 17, 2014

Gapura imu merentas Johor

Semalam,

kami ke Kluang melawat sahabat kami ditimpa kemalangan.

Pulang menyusuri jalan lama... Kluang, Ayer Hitam, Batu Pahat, Muar

Kopi Kluang + roti bakar, pisang salai ayer hitam, misi nasi beriyani Batu Pahat gagal diganti dengan ikan merah masak asam pedas besar. dua ekor lagi.

Kesimpulannya, Sydney memang kami rindu. Tapi moment dgn kawan2 team Sydney lagi dirindui!
sehari pun jadilah!!

Never regret join team Sydney ni :)



Wednesday, January 25, 2012

Tiket Air Asia- Murah lagi 2012

Okey,,, tiket murah lagi dari Air Asia. Kali ni ke Kelantan plak... anggaran date awal Julai sehinggala ke 20 an (if xsilap). tiket KL ke KB rm 13 manakala perjalanan balik KB ke KL RM 10 je...



Bagi kawan-kawan yg nak ke Kelantan atau nak balik kampung sebelum bulan puasa, sila-sila la klik ok.... :). Tapi susah jugakla nak dpt murah kalau time weekend. Rancangla perjalanan anda k?

Wednesday, July 6, 2011

Hotel Kota Kinabalu lagi

Setelah berminggu minggu pulang dari Kota Kinabalu masih belum update mengenai penginapan kami di sana.

Sorry..saya bercuti panjang, sekembalinya dari Sabah, bersambung pula ke Melaka krn Pak Long saya meninggal dunia.

Jadi, seperti yang aku janjikan di entri sebelum ini....tentang Imperial Boutec Hotel
ianya memang tidak mengecewakan. Kedudakan nye yg memang strategik betul2 turun je terus boleh lintas Pasar Filipina apatah lagi Pasar Malam yang penuh dengan mutiara bling bling tu... Kalau korang tengok entry yg aku post sebelum ni kan ada gambar2 dr website lebih kurang gitu la keadaan biliknya. Masih lagi baru... cuma agak sempit. Tapi cukup utk kami tido bertiga :)

Part yg paling best...canggih tu toilet dia... korang blh pilih nak sembur air kat bahagian mana badan korang... bhg muka, badan atau bawah...hahahha (jenuh jugak aku pikir cmna nk guna shower tu ).

Yang pastinya Imperial Boutec ni xde masalah utk kita check in awal (kul 9 pagi camtu..tertakluk pada kekosongan).

Nanti ada masa aku upload pic hotel ye....

Pada yg nak bercuti.... selamat bercuti :)

Tuesday, June 7, 2011

Percutian Bajet - Hotel Kota Kinabalu

Berhajat untuk membuat lawatan repeat ke Kota Kinabalu...

Sambil2 dok google hotel-hotel yang menawarkan pakej menarik.

Sebelum ni, time pegi bersama family dulu, kitaorg stay kat Promenade Hotel. Walaupun di luarnya nampak macam apartment yang agak lusuh, namun kat dalamnya memang sesuai untuk kami bertujuh time tu... apartment Promenade ni berkonsep kan studio di mana tiada bilik disediakan. ada 2 katil twin... so yg lain2 tu (lelaki especially) tidor bawah beralaskan comforter.... yg bestnye dlam almari disediakan comforter lebih khas untuk tujuan itu :) selesa dan yg penting bersih. kalau xsilap kos satu malam time tu RM175 sahaja.

So lebih kurang beginila keadaan studio room yg kitaorg stay tu...

Tapi...
Kedudukan promenade apartment ni agak jauh ke belakang sekiranya kita nk ke Pasar Filiphina atau pun pasar malam. Mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tapi dek sebabkan tiada pilihan lain untuk apartment terdekat, Promenade Apartment merupakan tempat yg sesuai bagi anda yg berkunjung bersama keluarga yg ramai tapi dengan bajet yg terhad.


Untuk kunjungan kedua ni,
kami dah pun buat tempahan. kali ni bersama kawan2 plak.... kami memilih Imperial Boutec Hotel sebagai destinasi penginapan kami. Dengar ceritanya Hotel ni kedudukannya sangat dekat denagn Pasar Malam dan Pasar Filiphina. Pendek kata turun bawah je... sejauh mana kebenarannya??Tunggu.... 18 jun ni :)

Dari google search....




Superior Romm -City view - Government rate RM150

Berharap sangat apa yg dipaparkan di website Imperial Boutec ni sama dengan kenyataan nye... Jangan"indah khabar dari rupa" udahla ye

ok, nanti dah balik KK, will update again... :P

Sunday, October 24, 2010

Kalendar 2011

Ramai yg dok cari kalendar 2011...

Especially bakal mak pengantin, pengantin, dan sama la kes utk aku... ops, bukan utk jadi pengantin tp cm biasa "Cuti cuti Malaysia"

Dlm dok google ni..., jumpa blog ni... rajin sungguh usaha dia...

http://www.kambingcorp.com/review.php?id=48

Wednesday, August 4, 2010

Coti Coti Luar Malaysia

Hari - hari depan internet...buka web Air Asia....

Hi...kalaula duit berkepok lam poket ni dah lama dah aku boking pakej2 yg ada....

Harini lagi teruja.. ada launch tiket ke Korea... 1st time dr Air Asia... ni
kalau aku bagitau Fatin aku nk g Korea ni... mau melompat nangis nak ikut....



Keterujaan di tahap maksimum...

Keajaiban cepatlah terjadi~~ :)

Friday, June 25, 2010

Rutin masyarakat nomad

Celik-celik mata,
berada di tingkat 12... apartment lestari, bandar sri permaisuri. oh... apartment promenade dah xde...
turun bawah ada kedai makan tepi pool,tempat slalu lepak ngan nini... owh...pasar Filipina dah xde...
Pulau Manukan pun dh xde...yg ade swiming pool yg ntah bape kali diorg cuci air kat kolam tu...
bau ikan bakar, sotong bakar, udang bakar pun dh xde... yg tinggal bau maggi goreng yg aku order ni je....
Pasar malam yg jual mutiara byk2 pun dh xde... yg tinggal pasar malam Serdang hari Isnin ngan Jumaat...
Mak abah n famili pun dah balik Taypeng... yg ada kawan2 je kat Kl ni...

Semua kembali normal.

Terima kasih Sabah... kenangan yg best!!

Wednesday, April 28, 2010

GerMaN vs GuA MusanG

Korang penah terpikir tak nak bercuti kat kawasan2 yg xberapa nak bandar... contoh? emmmm... macam Gua Musang ke? So kat sini aku share ngan korang trip aku ke GM bersama my bff...(mana la tau kot2 ada yg kena berkursus ke tgk site ke...kan?

Benda terawal yg kita akan pikir bila nak arrange vacation mestilah pengangkutan... aku ngan abs naik bas Trannasional je... jam 11.00 pm dari Stesen Putra...
Kalau tak silap pukul 4 am dah sampai ke destinasi... memang percutian bajet... So, kalau korang dah sampai sana... aku sugest korang bermalam kat Goa Inn Hotel...di Bandar Baru Gua Musang... memang sngat selesa bagi korang yg mengimpikan percutian bajet cam kitaorg... RM80 semalam... bersih dan tenteram... kat sini aku share beberapa pic k?