LOVE

LOVE
LOVE

Thursday, December 22, 2011

Pacak tumit,Lengan Paras

Morning u alls...

Pagi ni rasa ketagih plak nak berkawad. Dah lama tak berkawad dan tengok org kawad. Kot ada sapa2 sedara mara nak pasiing out bagitau la ye... blh g nyebok nak tengok org kawad.

Sedari dulu memang suka sgt berkawad... rasa meriah...tapi sy tak suka pakai uniform... suka kawad main2 je. Bercerita tentang kawad, ada satu pengalaman manis nak share dgn korang.

Pada suatu masa dahulu... kitaorg telah diberi penghormatan untuk mewakili PSAS dalam pertandingan kawad kaki peringkat PTJ.

Time ni practise tak ingat.... sebab tu slim je kitaorg masa ni. Ketua kontinjen diketua oleh En Azhar. nampak tegas kan?


Time ni Suzila lambat sebab ikut kawan dia kejar Hot FM zOOMER.... hahhaha. sape kawan dia tu? biarlah rahsia :P


Alhamdulillah
Perpustakaan Sultan Abdul Samad menggondol tempat kedua dalam acara kawad kaki ini. Memang terbaik la...tengok org la... 

Pacak tumit,Lengan paras, 
Pacak, tumit, lengan paras,
Pacak
Pacak
Skuad jangan malas!





Dan sepatutnya... PSAS boleh dapat no 1 tau...
Tapi...kami tetap redha,
Setelah dianalisa dengan bukti2 yang kukuh.. punca utama kami tak dapat no 1 
adalah

-
-
-
-
-
-
-

-
-




Tet....



Suspek ditemui senyum semasa dalam baris


hahhahahhahaha
Apa-apa pun we all tetap enjoy malam tersebut. Bilalah memori akan berulang ? 











Tuesday, December 20, 2011

Emosi Hari Ini

Memandangkan hotfm pagi ni topiknya agak beremosi... tetiba pagi ni pun aku pun teremosi. Sayugia saya ingatkan pada mereka - mereka di sekeliling saya bahawasanya saya ini amat garang orangnya terutama bagi mereka yg mengusik hati saya lebih dari 3 kali. Bak kata sahabat baik saya.... nanti mesti dengar saya marah dgn suara yg menggeletar. Hhahahah...kepada sahabat baik saya itu, itu menggeletar bukan sebab marah tapi nervous la.... hehehe.

Tapi harini saya memang agak marah dgn seseorang ni. Seseorang yg saya tak pernah berurusan dgn dia tapi saya perlukan khidmat dia utk merealisasikan impian saya. Jadi, proses berkenalan dan perundingan pun berlangsung dengan baiknya walaupun ianya melibatkan di luar waktu pejabat.

Saya rasa kami berdua saling memerlukan. Dia menawarkan khidmat dan saya memberikan peluang bg dia menambahkan pendapatan. Itu sahaja. Dan mungkin disebabkan jarak umur saya dan org yg menawarkan perkhidmatan tersebut tidak terlalu berbeza, saya dapat rasakan nilai ' respect' dia pada sy sbg client dia agak sedikit kurang. Saya masih terima kerana memikirkan mungkin ini cara dia menimbulkan keserasian. Tapi the way this person answer my question through sms is very annoying. But its ok... ill still except mungkin sbb dia takut sy minta diskaun kot.

Tapi.... tahap kesabaran sy makin teruji bila pihak ketiga menghubungi saya dengan menawarkan jumlah yg berlainan spt yg dijanjikan pada saya. Dan saya dimaklumkan bahawa maklumat tersebut didapati dari pihak yg memberi perkhidmatan tadi. Untuk kepastian, saya hubungi pihak tersebut dan dia memaklumkan pada saya dgn selambanya... that is just simple thing yg kita blh reduce kemudian. hello abang.... its about money ok? Kalau kita buat pembelian buku.. 1 cent short pun kita return ini kan pulak terlebih 900 dengan alasan utk cover KOT-KOT ada yang tak cukup lepas ni akak tak payah topup dah...


Dan sekali lagi sy tegaskan...bukankah jumlah tersebut dimasukkan sekali dgn contingency cost sebelum ini. Untuk apa ditokok tambah lagi? 900 ok adik...bukan 9 sen. end up dia mengaku mungkin dia salah tulis kot :P

Dia msg saya...
"ok nanti sy betulkan amount tu ye... Nak reduce takde masalah"

Dan saya balas
"tlg betulkan ye... utk org akaun mcm saya.. im very particular with every single cent...tq"




Sorry la ye incik... terpaksa saya menyamar jadi org akaun utk pastikan awak lebih alert bab bab duit ni. jgn hanya nak kejar sales sahaja ye. tq








Friday, December 16, 2011

Azam 2011

Tinggal lagi 2 minggu je nak setlekan azam tahun ni...


Rushing siot.....



Esok balik kampung untuk setlekan azam tahun ni....tak sabarnya!!

Musim Durian

Bila musim durian datang lagi ni.... teringat plak kat kenagan dolu-dolu.... time bujang bujang dulu... Eh, sekarang pun bujang lagi la.... Adoi....

Satu petang tu, kitaorg decided nak buat party durian, maka pengembaraan pun bermula mencari destinasi paling sesuai utk misi kami.


 Tikar tu tak hengaaaat......

Misi kami berjaya apabila GPS kami berjaya mengesan tempat yg paling best utk membentang tikar.
Lokasinya tak jauh pun dr opis...nun di Putrajaya.



Maka, AJK yang diberi tugas mengatur cara majlis... memulakan tugasnya. Ha... yg kat bawah tu tudung belang2 tu nama dia Eric...hasil hamparan tikar beliau menghasilkan majlis yg sungguh gemilang....sungguh!


 Rupa-rupanya.... misi bukan semudah yg kami jangkakan. Stamina diperlukan utk memastikan kelancaran durian masuk ke perut. Sekali lagi AJK dilantik untuk melaksanakan misi ini menggunakan sekuat tenaga yg beliau ada. Time ni xde lagi Kursus Keselamatan tu.... semua berdasarkan ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Mari kita saksikan....

               Kekentalan yang pertama.....


   Ok..... sikit je lagi......



TARAAAAAAAAAAAAAA.....






 Diaorang berdua ni sedari bujang memang sopan orangnya.... Cuba tengok cara diaorg posing.... control2 ayu gitu... Sebab tu diaorg kawin dulu...


 Tak caya... cuba korang compare dengan personaliti di bawah.......

 1

2

3

4

5

 



hahhahahhaha.... beza kan? 
(harap2 dia tak saman saya)

Ombak Rindu

Dia kata dia ada 'some one'


Saya kata saya ada 'lot ten'


One dengan ten mana lebih banyak???? :P
hakhakhakhakhak (gelak jahat)

Thursday, December 15, 2011

Asas Menjahit Manik

Ada sesiapa yg boleh ajarkan saya asas menjahit manik? 
Saya nak yg macam ni boleh?



 http://butterflybeads.blogspot.com/2010_03_01_archive.htm


http://jejari-kreatif.blogspot.com/2010/07/manik-tabur-pelangi_16.html

Selamat Pengantin Baru Aida

Alhamdulillah... Akhirnya kawan lama saya yg sama 2 belajar masa di UiTM dulu telah selamat diijabkabulkan bersama kekasih hatinya. Pengembaraan selama 5 tahun akhirnya disatukan dengan majlis persandingan pada 10 Disember 2011 (harijadi I tu :P).

"Tentu ini adalah detik terindah utk ko kan Aida... heheh. Tapi, ingat ini bukan pengakhiran kisah cinta korang...tp permulaan pada satu perkongsian. Wah aku ckp dh mcm org pengalaman....hahhaha..... Jadikan pengalaman2 yg lepas sebagai panduan yea... Aku doakan ko bahagia dunia dan akhirat"

Yang paling best...time lepas aida bersanding, dj tu wish happy besday kat saya....dgn lagu2 dan doa2 yg sungguh mengharukan. Terima kasih pengantin :)

note: oh yea..muka pengapit kelihatan berseri selepas mendapat semburan ajaib oleh mak andam. Serinya smp ke malam...Apa rahsianya?.... tunggu.....!  

Tapi yang pasti...
muka pengantin lebih berseri haritu di sebelah jejaka idamannya :)


Thursday, December 1, 2011

Its December

Yesterday ended last night! Jangan biarkan “dia” menyakitimu dua kali. Sekali ketika dulu, sekali lagi ketika kau mengenangnya kini.

note: tahun ini hanya berbaki sebulan

Wednesday, November 30, 2011

Jawapan hati?

Dalam saya mencari-cari jawapan pasti...

Saya terjumpa blog ini...
http://najatikah-meandmyself.blogspot.com

Di dalamnya ada lakaran kartun yg saya kira cukup manis utk saya baca satu persatu....
Ada juga yg terkesan di hati saya...mungkin juga sebagai jawapan.

saya kongsikan sedikit sebagai renungan saya di masa akan datang... tidak semua helaian kartun ini saya paparkan di sini, ada beberapa helaian sahaja yg mengusik hati kecil ini yg saya kongsikan sbg renungan kita bersama.

Situasi berlaku apabila 2 hati mengikat janji bercinta...tapi masih berpegang kepada syariat Allah.



Mungkin ini bagi anda ini sebuah kisah budak sekolah... tapi ntah mengapa ia terkesan di hati saya. Sesuatu yg kadang2 sy lakukan di luar sedar saya... zina hati?




Ya Allah,
Ampunilah dosa- dosaku ya Allah.
Hanya pada-Mu tempat aku mengadu.
Amin

Tuesday, November 29, 2011

Yea..sabar itu indah tapi....

Saya tahu sabar itu indah.... tapi kadang2 tanpa sedar saya tidak boleh menahan diri untuk terus bersabar...

Perlukah saya terus bersabar....

"Fiza...fiza...

Bukankah hati kita, hati dia, hati mereka dipegang oleh Allah.

Tentu ada sebabnya yang masih kita belum nampak.

Sabarlah sayang....

Kerana sabar itu memang indah.... pasti. "













Thursday, November 17, 2011

Redha


Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat. Sakitnya terasa sehingga membuatkan kita terduduk dan menangis. Ingatlah wahai sahabatku, airmata yang jatuh tika itu adalah tazkirah dari Allah. Dia mahu kita menjahit kembali sejadah Iman yang terkoyak lantaran ada langlah-langkah kita yang tersasar jauh dari Jalan Keikhlasan. Semoga Allah merahmati kita semua ..

Ameen

Thursday, October 27, 2011

Buku Pertama Saya

Setelah beberapa hari menjadi cataloger...
Inilah buku pertama saya yg berjaya dikatalog :)




Cuba tgk nama yg dibulatkan tu... Korang ada? (ayat ter riak plak)




Betsnya....

Kalau setiap hari Rabu tiap tiap minggu cuti :)

Tuesday, October 25, 2011

Itik Pulang Petang

Petang kelmarin:

Kakak 1: Fizah... akak nak tanya ni... fizah dah ada yg specel?


Pagi tadi:

Kakak 2 : Cik Pizah dah ada boypren kan?


Nota: kalauy korg nak jawab apa? huh...















Monday, October 24, 2011

Email dari Peminat

i still remember that u like fahrin ahmd..before linda n scha taken him from ur heart..sudenly it's change to asraf muslim..unfortunately he was taken by his fiancee..then 'imam muda' was started...n finally choose 'asraf' also...another bad new he was married...now u 'beralih arah' kpd Dr.Faiz*angkasawan ngra*..i 'tertnya2 who was the guys in ur heart:)peace..jgn marah ye...hhehe.




nota kaki : Dear anonymous, i pun tertanya tanya who was the guys in my heart.... :P

From Taiping With Love


Friday, October 21, 2011

Nak Muntah tak?

••Sαyα tαk bαgus dαlαm [ENGLISH] ,
Tapi sαyα boleh bαgitαhu yαng [I LOVE YOU] ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [GEOGRAFI] ,
Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [SEJARAH] ,
... ... ... Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [KIMIA] ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum ..
••Sαyα [TIDAK HEBAT] dαlαm tiαp-2 subjek ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu αwαk yαng sαyα hebαt dαlαm semuα [SUBJEK] ,
jikα TOPIC nyer iαlαh AWAK ! ♥♡♥♡♥♡
Geli je cinta budak2 ni :P

Diari Cataloguer

Mata terkebil kebil memandang MARC Record

Tapi....





Tapi bila bukak page yg blakang tu..... otomatik jadi segar

Kantoi :P





Tuesday, October 11, 2011

Apabila umur persaraan dilanjutkan 60 tahun...


HAHAHHAHAHAHA.... serius lawak. Part ni saya no komen, tapi harap-harapnya peluang pada yg masih muda ni tetap terbuka :)

Gym


Ada aktiviti terbaru sekarang ni. Baru sekali mencuba, dan hasilnya memang amat berbaloi :)
Sebelum ni selalu juga dengar membe bercerita... tentang kalori, tentang stamina... sampaila satu tahap dia yg bersuara. Kata dia salah satu punca sering sakit kepala kerana saluran darah yg tersumbat. Paling ngeri bila dia suruh bayangkan makanan yang masuk setiap hari tu ke mana saluran keluarnya.... oh tidak!!

Makanya, atas kesedaran itula... saya bersetuju mengikut Cik Oya dan Ninie Suzaini ke gym. Walaupun kat bawah umah dah dilengkapi dgn kemudahan gym percuma, tapi tetap jugak join diorg ke tempat berbayar... gym kat Sri Serdang ni RM 3 je sejam. atas Klinik Mesra. dan part yang paling best instructornya perempuan. So xdela segan sgt nak minta advice nak kecik kan part - part tertentu. Kakak ni siap advice suh kontrol makan  lagi. Kakak ni kata dia makan 3 sudu nasi je sehari... tak dapatla akak. saya ni cepat lapar orgnya :)




Sepatah kata dia....

"Jangan buat sesuatu sebab orang lain suruh, sebabnya bila kita dah tak suka kat orang tu, kita pun takkan buat benda yg disuruh tu lagi. Buatlah sebab kesedaran sendiri tentang kesihatan diri "




Thursday, October 6, 2011

Ibu dan Bos

Kehilangan besar bagi Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Persaraan Puan Hajar meninggalkan kesan yang besar di hati kami.

Bersama Puan Hajar..., banyak yang kami pelajari Puan Hajar bagi saya, punya keunikan luar biasa. Walaupun, saya bukannya direct di bawah penyeliaan Pn Hajar, namun terkesan juga dengan perpisahan ini.
Orangnya luar biasa tapi sentiasa menampilkan kesederhanaanya. Banyak peluang yg diberi oleh Puan Hajar dan juga Puan Hawa kepada kami anak2 muda yang baru bertapak mencari pengalaman hidup.







Mereka yg sentiasa menolak kami ke hadapan.
Mereka juga yang sentiasa mem 'back up' kami
Mereka tidak pernah merperkotak katikkan idea giler kami
Mereka sentiasa ada saat jatuh bangunnya kami
Pada mereka tempat kami mengadu dan tempat kami bergantung harap
Mereka seperti ibu kami di sini


Dan ketika ini...
Kami sudah kehilangan satu dahan bergantung
Dan ketika diberitahu sy akan ditukar ke Cataloguing Dept, saya juga semakin jauh dgn dahan yg satu lagi.
Ketika ini, kami perlu belajar berdikari
Belajar untuk membuat keputusan sendiri.

Mungkin jarak kita semakin jauh...
Tapi kami yakin, mereka sentiasa ada untuk mendengar cerita kami.
Walaupun situasinya sudah lain.

Terima kasih Pn Hawa. Terim kasih Pn Hajar.
Untuk detik terindah ini :)


DUB DAB DUB DAB,...

Esok ada pembentangan bajet.

Bajet dapat bonus + gaji naik.

Namapun bajet.

Hobi

Dia dah ada hobi baru.


Berleter :P

Thursday, September 29, 2011

Harga Emas Turun

Aku bagitau kawan aku...

"Sekarang mas murah"

Dia jawab

"A'ah... tapi tak terpikir lagi nak pergi ke mana"

HahahHahaHaaaHa ... samakan harga emas dan MAS???

He's Coming Back



Baru je jmp last week... dan minggu ni dia datang lagi ...

People come and people go.. and people gonna come some more, they pick a fight..but it's alright.. :)-




Monday, September 26, 2011

Kan?

Benar dikau kucinta setiap detik kupuja, Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu...


Kan?


Kan?


Kan?

Aku bukan Seth Tan

Semalam kawan baik ku di sini...

Kami ramai2 hantar dia ke tempat persinggahannya....

Kemudian...

Aku kata pada dia "Next time sebelum masuk umah,pesanlah mcmni...nanti dh sampai msg ye"

Dan dia jawab...

"Aku bukan seth tan"


hahahhahahaa..... mamat ni pun dah terpengaruh dgn seth tan

Monday, September 19, 2011

Home Alone

Lepak kat wong solo sorang2 best jugak...

Kadang- kadang aku perlukan ruang tuk diri sendiri. Masa utk layan perasaan sendiri.

Maka sebab tu la aku di sini... Pekena nasi ayam penyet, alone...

(Ceh... alasan!! cakap je la ko xde geng nak ajak lunch harini...apa da...)

HAHAHHAHA...aku kan awek lone ranger :P

Thursday, September 15, 2011

Sampai Mati

Aku tidak mahu rasa itu hilang lagi....

Aku mahu ia terus kekal di hati kita.

Sampai mati.

mode: tgh sedih dgr kisah perpisahan kawan2...

Wednesday, September 14, 2011

Tanya sama hati

Kenapa hati???

Kenapa tidak organ lain??? Retreat baru2 ini juga bertemakan hati... Slot2 motivasi di sekitar sini juga diselitkan unsur hati, maka terciptalah klini hati.


Tapi kenapa mesti hati???

Membuat keputusan juga sering dikaitkan dengan "ikut kata hati"


Hati boleh berkata- kata? Benarkah begitu....


Pandangan mata selalu menipu...... Pandangan akal selalu tersalah...... Pandangan nafsu selalu melulu...... Pandangan hati itu yang hakiki...... Kalau hati itu bersih......


Soalan Raya

Hari raya soalan standard...

"Bila nak kawin"

"Dah ada calon kot"

"Lambat lagi ke?"

Aku jawab dgn senyuman saja... sebab slalunya yg bertanya org yg sama... mak-mak sedara, sepupu sepapat, rakan-rakan sepermainan dan kadangkala mak kepada rakan2 tersebut...

Tiada kesan di hati. Cuma kadangkala tergelak kecil bila mereka cuba mengorek-ngorek rahsia hati.

Maka.... soalan itu pun dibiarkan berlalu pergi.... Pergi bersama hitungan hari raya yang kian ke penghujungnya.


Tapi.... bila yang seorang ini yang bertanya.... aku jadi kelu... bak kata org putih speechless... kerana jawapannya hanya ada pada kamu si penyoal...

Tepuk dada tanyalah hati... :)

Monday, September 12, 2011

9 September 2011

Dalam kekalutan ke Retreat....

Masih tidak lupa,

9 September genap umur abah 56 tahun...

Selamat hari jadi abah.... hanya doa yang mampu kami hadiahkan untuk abah tahun ni.


Love...

NORHAFIZAH

Wednesday, August 10, 2011

Ketika Cinta Bertasbih


Buat pertama kalinya nak berterima kasih pada Astro sebab kasi percuma sebulan utk tonton Ketika Cinta Bertasbih...

Sangat teruja dengan crite, Pendek kata dakwah yang cuba disampaikan memang terkesan. Sampai mak pun xleh nak miss dah tgk episod ni.

Watak yg paling terkesan di hati selain dari Khairul Azam....adalah adik kepada Khairul Azam iaitu Husna... Husna ini karakteknye sungguh unik. Kaunselor mungkin kerana gaya percakapan kadang2 nya nampak tegas namu disampaikan dengan penuh kelunakan dan kelembutan.
Kalau di alam realiti, saya blh jadi cm Husna.... memang calon isteri solehah...hehehe...


Tuesday, August 9, 2011

Nasi Ulam



Menu faberet untuk ramadhan kali ni



NASI ULAM

Terliur!!!