LOVE

LOVE
LOVE

Friday, July 12, 2013

Ramadhan yang datang

Bulan Ramadhan sudah menjelma...

Pertama kali menyambutnya sebagai seorang isteri. Syukur.

Dahulu, kala bangun bersahur di rumah mak semuanya sudah terhidang. tinggal nak kunyah saje... air pun mak dah bancuhkan. Tak terfikir bagaimana kehidupan selepas berkahwin.... mampu ke bangun awal nak sediakan menu bersahur, kehidupan di rumah bujang apatah lagi...lebih santai. cukup sekadar segelas milo, sekarang sebelum tidur dahpikirkan menu untuk bersahur...

Tak sangka saya mampu hadapinya. Kawan2 pun ada yang tak percaya saya masak hampir setiap hari utk makan malam. berbeza betul cara hidup saya dan dahulu. Kini, balik kerja tidak boleh sesuka hati untuk menyinggah... lepas makan malam (kalau bukan di bulan puasa) bolehlah kluar semula.... tapi jarang-jarang ini berlaku. saya yang cepat penat walaupun cik suami ready aje utk bawa ke mana yang dipinta.

Ntahla... sehingga hari ini, selepas 2 bulan berkahwin saya masih lagi kagum dgn diri sendiri. diri yang cukup berbeza dari sebelumnya... apa yang menjadi insoirasi saya cuma saya lakukan kerana Allah... hanya syurga yang saya perlukan dan syurga itu sekarang letaknya di kaki suami...

Kalau memasak yang diingiinkan...itulah yg saya hidangkan
Kalau meniron baju yang dipinta... maka berseterika la saya.

Pinta la apa saja..kalau itu dari encik suami jarang yang saya tolak... mungkin juga tidak ada.

Sekarang percaya bukan... semua orang boleh berkahwin. Ready atau tidak, terletak pada diri kita..

Semoga syurga tempat untuk saya kelak. boleh bertemu abah. :) sedar tak sedar tahun ketiga puasa tanpa abah. minggu lepas mimpikan abah sampai demam seminggu. sudah 3 kali Ramadhan, tapi hati masih tidak kuat. air mata masih mudah bergenang sesekali terkenang. kata orang..., bersyukurlah sekurang-kurangnya awak masih ada ibu. alahai...apalah yang mereka paham tentang kehilangan selagi mereka tidak melaluinya. owh saya sgt berharap tidak ada siapa yang akan melaluinya kerana kehilangan memang amat menyakitkan. bukan utk sehari, sebulan tapi bertahun tahun untuk anda bangkit kembali.

Al-Fatihah untuk abah. Maaf abah, malam itu dalam mimpi kala abah bawa sy bersama abah, saya tak nak ikut. saya takut. Mungkin saya belum cukup bersedia untuk ke sana. Tapi satu hari saya juga akan ke sana ke tempat abah. Cuma ntah bila masanya.... tunggu ye abah nanti kita bertemu di alam sana.

No comments: