LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, April 27, 2011

Ironinya...

Masa skg berjalan begitu pantas...

dan


Aku pula semakin gemuk.....


Selarikan?

Terbanglah...

Adikku, Fadhli telah pulang ke Mesir, terbang kembali menuntut ilmu yang masih belum selesai...

Adikku, Syahmi juga pulang ke Kampus sedang belajar ilmu-ilmu kemahiran dan belajar mengenal erti berdikari..

Bagi aku... sebagai kakak melepaskan dengan hati terbuka, memberi peluang utk adik2 mencari ilmu dan pengalaman hidup sebanyak mana yg mereka mahu. Jangan risau pada mak yang ditinggalkan sebab tanggungjawab menjaga mak akan akak pikul selagi bernyawa.

Cuma pesan buat adik2... andai sampai satu ketika, kakak tiada untuk jaga mak, maka pulanglah saat itu dan amibikla tanggungjawab ini sepenuh hati.

Sementara ada peluang... terbanglah setinggi mana adik2 mahu... kerana doa kami sentiasa bersama kamu :)

Tuesday, April 26, 2011

Communication Medium

Dengar crite si manis aida sudah pulang ke Shah Alam....

Agak-agaknya bila la dia nk blanje saya makan....


p/s: saje nk try tengok anta msg melalui blog blh sampai kat receiver x... heheh. Kalau dia respon, confirm dia baca blog aku :P

Thursday, April 21, 2011

Blur

Patutnya hari ni keja malam....

Tapi....

Pukul 8 pagi dah terpacak kat opis. Bukan sebab rajin tapi salah sendiri....

Rugi...rugi...huk huk huk

* Cancel tengok wayang malam ni...huk huk huk

Monday, April 18, 2011

Semalam Yang Hangit

Malam tadi....

Dengan bangganya konon2 nak jadi org pertama yang menjejakkan kaki ke Pudu Raya yang telah dihias canteek... dari jauh dah nampak esclator untuk terbang ke atas... Tak payah mengah2 naik tangga usung beg kiri kanan lagi...

Tapi hajat tak kesampaian...

Turun je dari bas, ntah pakcik manala yang dok memanggil aku "Adik... adik". Automatik meremang bulu roma... apa motifnya tak plak diketahui...

Tapi part paling tragis skali, dah ala2 mcm cite Melayu Gerak Khas time org jahat kena kejar ngan polis... aku pun memecut la melarikan diri dari pakcik tadi. Malangnya, pakcik tadi xstop jugak kejar aku.

So apa lagi, dengan kuasa kuda yg aku ada, aku telah menahan semua kereta yang sedang bersesak membelah trafic lite untuk memberi laluan pada aku... Dan semua break mengejut... Maka berlarilah aku dgn laju merentasi jalan2 kotaraya itu sehingga ke lorong LRT yang ada orang.

Serius, cuak.