LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, May 30, 2012

Inilah realiti

banyak perkara yang selama ini sangat sinonim dengan ibu dan bapa, terpaksa dipindahkan kepada pihak ketiga. Selalunya, anak-anak ada masakan ibu yang menjadi favourite mereka. Tetapi anak-anak membesar dengan makanan yang dimasak oleh pembantu rumah. Hujung minggu, makan di luar pula.
Bermain-main dengan ayah di waktu petang, memimpin tangan anak-anak memanjat papan gelungsur, adalah imaginasi kita terhadap sebuah keluarga yang ‘normal’. Tetapi hari ini, tangan itu bukan lagi tangan bapa. Ia tangan pembantu rumah, cikgu TASKA, atau bagi yang sudah sedikit remaja, tangan rakan-rakan sebaya.
Imej ayah dan ibu hari ini, adalah dua manusia yang sering tiba di rumah kepenatan, mudah marah dan hanya mampu bertanya khabar dengan acuh dan tidak acuh sahaja perihal anak-anak mereka. Corak kehidupan seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Namun kebiasaan ini sedang memberanakkan satu generasi yang songsang. Generasi itu adalah generasi yang KESUNYIAN.

 - Fenomena di atas bukan lagi sesuatu yg asing dalam rutin kehidupan sekarang.... Ya Allah mampukah aku memiliki rumah tangga yang sempurna... yg berkesempatan pulang kerumah.... bawa anak2 main di taman atau setidak2nya berbasikal di depan rumah n ada hari2 bawa anak round dengan moto.... memasak makanan yang menjadi kegemaran mereka... menyiapkan mereka ke sekolah sambil menyediakan bekalan utk mereka (setidak2  nya sebotol air sirap)... menyuapkan mereka nasi ketika mereka menunggu bas ke sekolah (petang)....ataupun semuanya di pantau melalui telifon? 

Hujung minggu tentu dipenuhi dengan jemputan kenduri.kalau tak pun time ni la nak mengemas rumah...basuh baju....haish

tapi... kalau org lain blh bahagia kenapa tidak saya.... ? kan?

No comments: