LOVE

LOVE
LOVE

Tuesday, July 12, 2011

Tips Resume Yang Bagus / Baik

Okey, memandangkang entri yg lalu mengenai resume, so di sini kita kongsi sikit tips resume yg baik... Mari kita lihat berapa yg kena ")

1. Resume yang menarik

Resume yang menarik bukanlah bermaksud perlu menggunakan kertas yang berwarna atau bercorak – corak. Apa yang dimaksudkan adalah menarik secara profesional. Resume anda perlulah memiliki suatu daya tarikan yang mampu memikat hati pembaca. Resume anda perlulah jelas dan tidak berjela – jela panjangnya. Menarik yang ditekankan di sini adalah susunan dan bentuk resume anda. Anda perlulah mengatur resume mengikut turutan kepentingan. Ini kerana pembaca lebih tertarik di muka hadapan berbanding helaian berikutnya. Bentuk pula perlulah kemas dan disusun pada bahagian – bahagian mengikut bidang masing – masing. Perkara utama perlulah ditonjolkan bagi memudahkan pembaca mencari bahagian yang dikehendaki.
(Aku baru cadang nak print atas kertas kaler-kaler sebab masa Kursus b4 grade dulu, penceramah tu ckp biar kertas kaler2 nampak lain dr org lain, company akan pickup dulu )


2.Susunan ayat dan penggunaan bahasa

Tidak perlu anda menggunakan bahasa kiasan ataupun bahasa yang penuh dengan persoalan dan tersirat. Ianya akan meyebabkan pembaca menyampah untuk memahami apa yang difikirkan anda. Anda hanya perlu menggunakan bahasa yang biasa dan jelas. Tetapi padat dengan isi yang penting. Tulis terus isi yang dimahukan. Selain itu, perlulah anda menyemak sekerap yang mungkin bagi mengelakkan kesilapan tatabahasa ataupun ejaan. Ianya akan memberikan impak yang kurang baik kepada diri anda jika ada kesilapan ejaan.
( Bab ni aku lebih prefer guna Bahasa Inggeris... and when it comes to BI, korang paham2 ler, jgnkan berkias... nk direct to the point pun kadang2 tergelincir)


3.Tampilkan nilai diri anda

Jangan segan silu untuk merasakn diri anda ini begitu bernilai buat syarikat tersebut. Ungkapkan diri anda ini seorang yang begitu berharga dan memiliki keunggulan tersendiri. Sekiranyan anda ada melibatkan diri dalam beberapa aktiviti, tuliskan pencapaian anda bagi menunjukkan kualiti diri anda. Walaupun ianya kecil, tapi perlu dituliskan kerana ianya melihatkan kualiti dan kelebihan diri anda. (Part nak jual diri ni memang penting... confident kena ada, bukan korang perlu menipu tapi jangan katakan tidak sebelum anda mencuba)


4.Elakkan resume yang biasa

Anda disarankan jangalah meniru atau mengikut resume – resume yang baisa dan selalu diguna pakai oleh kebanyakan pemohon. Ini akan menyebabkan anda mempunyai tahap nilai yang hampir sama dengan pemohon –pemohon lain. Anda perlulah membuat resume berdasarkan syarikat yang ingin dipohon. Setiap resume yang dihantar kepada syarikat yang berlainan perlulah berbeza. Jadi, kajian awal terhadap syarikat tersebut perlulah dilakukan. Jangan menganggap semua syarikat adalah serupa. Ini akan menyebabkan penilai resume anda akan menganggap semua pemohon adalah serupa.

Kesesuaian diri anda terhadap syarikat yang ingin dipohon amatlah penting. Ia merupakan aset yang bernilai buat syarikat itu. Jangan malas untuk meluangkan sedikit masa untuk memberikan fokus terhadap resume anda. Pastikan ianya berkualiti dan berada yang terbaik dalam lapisan – lapisan pemohon lain.
(Inilah yg sedang usahakan, nak pastikan berkualiti bukan sejam dua adik oiiii.... pastikan korang tahu apa yg terkandung dlm resume korang k... elakkan copy n paste semata mata.)


SELAMAT BERJAYA!!!

(sorce: Portal Jawatan Kosong Malaysia)

Inilah permulaanya....

Yes!! Resune dah siap update... memakan masa berbulan-bulan lamanya... hehehe...itulah bila mode malas menguasai diri.

So, sekarang ni aku tgh nak siapkan sikit lagi utk cover letter.... resume2 ini akan dengan bahagianya bertebangkan ke seluruh pelusuk taiping, dan daerah2 di sekitarnya.

Jadi, bersabarlah org taypeng.... bahawasanya akan tiba Ketua Jajahan baru di Taypeng....hehehhe (perasan)...

Cepatlah dapat respon dr mana2 company... bukan sebab penat berulang alik Taiping ke KL, tapi dah bosan dgn kehidupan KL kot... :)

Boleh gitu?

Wednesday, July 6, 2011

Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa

Bagi kawan2 yg berhajat dan melangkah lebih jauh ke Gunung Kinabalu, aku memang xsuggest langsung hotel ni? Kenapa ek?

Aku pun tak pasti... mungkin mood aku yg xberapa baik time ni atau keadaan hotel tu sendiri.

Yang pastinya.... aku memang amat kecewa dengan hotel ni... pasalnye org kata "Indah Khabar dari Rupa". Maybe salah aku gak kot sebabnya meletakkan high expectation kat hotel ni.

Maunye tak.... korang google sendiri la website hotel ni... Tengok pic bilik dia sikitnye meletooops... siap ada spa lagi.




Tapi, sesampainya kami ke hotel berkenaan.... segala angan2 hancoor... biliknye berkonsepkan hotel lama... lain sungguh seperti yg dibayangkan.

Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran hotel tetap bersih dan selesa cumanya utk aku yg xsuka hotel2 lama, maka amat mengecewakan.

Pilihan di tangan korang.... :)

Hotel Kota Kinabalu lagi

Setelah berminggu minggu pulang dari Kota Kinabalu masih belum update mengenai penginapan kami di sana.

Sorry..saya bercuti panjang, sekembalinya dari Sabah, bersambung pula ke Melaka krn Pak Long saya meninggal dunia.

Jadi, seperti yang aku janjikan di entri sebelum ini....tentang Imperial Boutec Hotel
ianya memang tidak mengecewakan. Kedudakan nye yg memang strategik betul2 turun je terus boleh lintas Pasar Filipina apatah lagi Pasar Malam yang penuh dengan mutiara bling bling tu... Kalau korang tengok entry yg aku post sebelum ni kan ada gambar2 dr website lebih kurang gitu la keadaan biliknya. Masih lagi baru... cuma agak sempit. Tapi cukup utk kami tido bertiga :)

Part yg paling best...canggih tu toilet dia... korang blh pilih nak sembur air kat bahagian mana badan korang... bhg muka, badan atau bawah...hahahha (jenuh jugak aku pikir cmna nk guna shower tu ).

Yang pastinya Imperial Boutec ni xde masalah utk kita check in awal (kul 9 pagi camtu..tertakluk pada kekosongan).

Nanti ada masa aku upload pic hotel ye....

Pada yg nak bercuti.... selamat bercuti :)

Tuesday, July 5, 2011

Semalam...

Ada benda nak tulis. Tapi tu semalam...


Harini dah lupa....


ish.............