LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, September 18, 2013

Ayat Seribu Dinar

Assalammualaikum kawan2...

Saja nak berkongsi fadhilat ayat seribu dinar :)

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah.

Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.


Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan


Tuesday, September 17, 2013

Pendapatan tambahan dari rumah

 Shaklee!

Jika anda kata, “ Saya mahu dapat pendapatan tambahan dengan Shaklee”
TAPI saya tidak pandai untuk meyakinkan orang,
saya tidak ada ilmu tentang product Shaklee,
saya tidak mempunyai masa untuk berjumpa orang,
saya tidak mempunyai modal,

Maka, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk buang segala unsur-unsur
negative di atas daripada dalam diri anda.

Dah ready call/sms/whatsapp saya 0165004940

Menyusu tapi nak kurus??

yezza... ini dia yang ada boleh cuba.... InsyaAllah berkesan!!

Set penyusuan shaklee...
Set kurus shaklee....

contact sy utk harga istimewa :)



Ramai yg pm nak tau pasal esp shaklee.... ok kat atas ni saya selitkan ckit info khasiat mengenai esp shaklee... sejak involve dlm bidang shaklee ni.... tak perlu promote susah2 sebab ramai dah tauhu khasiat dan kebaikan esp shaklee....

cuma RM121... akak kasi harga ahli tau.... sbb saja nak kumpul bonus...

pm ye kalau berminat.... :)

Monday, September 16, 2013

Testing 1 2 3

Test test test 
Thank u sayang!

Oh ya sy utang hadiah besday awak kan... Tunggu!!!!! 

Wednesday, September 4, 2013

"Tips Mudahnya Menjemput Jodoh..."








Bismillahirrahmaanirrahiim...

1. Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar kita pantas mendapatkan jodoh yang baik.

2. Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan tapi bagaimana kita menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

3. Berusaha mempersiapkan diri zahir & batin serta berani menghadapi pernikahan tatkala jodoh itu tiba.

4. Berusaha untuk tidak patah semangat dan trauma terhadap masa lalu yang kurang menyenangkan serta bukalah lembaran baru yang lebih baik mulai hari ini dan untuk hari-hari selanjutnya.

5. Menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan sebanyak-banyaknya, akan lebih baik jika banyak bergaul dengan sahabat yang baik, siapa tahu jodoh kita berada di antara mereka.

6. Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita karena sejatinya jodoh itu akan hadir atas redha ALLAH, sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar.

7. Jangan terlalu risau tentang usia. Di usia berapapun menikah tetap baik jika kita mampu memikul tanggungjawab pernikahan tersebut di hadapan ALLAH, Bagi pasangan, keluarga besar serta masyarakat.

8. Teruslah berikhtiar dan berdoa, karena doa boleh mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin sesuai kehendak-Nya.

Ya ALLAH..
Dekatkanlah jodoh orang yang membaca ini.
Tenteramkanlah hatinya.
Lapangkanlah dadanya.
Bahagiakanlah hidupnya.
Luaskan rezekinya.
Mudahkan segala urusannya.
Kabulkan cita-citanya.
Jauhkan dari segala musibah.
Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar serta kemungkaran.

Aamiin ya Rabbal' Alaamiin 


__________________________________________________________________________________

Bercerita mengenai jodoh.... malam tadi ada rakan lama yg datang berkunjung. suka2 kami membuka cerita mengenai jodoh tatkala dia bertanya " seronok tak kawin?" heheheh

ye...di usia seperti kami, sememangnya isu jodoh adalah sesuatu yg diharapkan. bukan penamat pada kehidupan single tapi permulaan pada episod baru... sapa yg tak nak kawin dan jauh di sudut hati, saya juga teringin nak melihat kawan2 lain menamatkan zaman bujang mereka. doa kami sentiasa bersama korang. kami juga nak tgk korang bahagia...berbunga bunga.... dan tak lagi keseorangan.

Nak jadi crite.... Alhamdulillah Allah memudahkan urusan jodoh ku dgn suami... genap setahun berkenalan, kami berkahwin.... jodoh yg datang secara tiba2... berjumpa, dilamar dan akhirnya diikat dan berkahwin :)
Allah punya kuasa... takde yg mustahil. Kun Fa Ya Kun....

Mungkin tips di atas boleh dijadikan panduan dalam berusaha mencari jodoh. kena la all out. dimulai dgn niat.... bak kata org putih "law of attraction" korang akan dapat apa yg korang bayangkan. so bolehlah mula dgn tips yg ketiga.

Satu lagi tips yg saya sangat2 setuju kat atas ni adalah tips yg saya highlight kan tu  

"Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita karena sejatinya jodoh itu akan hadir atas redha ALLAH, sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar."

Terus terang, ini terjadi pada diri saya sendiri.... betul la kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. kadang2 bila kita tgk je fb org tu, kita dah awal ckp kat diri, dia ni tak sesuwai ni dgn aku.... tanpa memberi peluang utk berkenalan.

kadang2 lelaki ni dia tak tunjuk perwatakan sebenar.... bila kita jumpa kali pertama....kadang2 kita sampai tahap nak reject dah mamat ni.... tapi bila kita kenal luar dan dalam barula kita sedar " nasib baik aku terima dia... " 

so, kesimpulannya berbalik kepada tips yg pertama dan kedua .... 

Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar kita pantas mendapatkan jodoh yang baik.

Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan tapi bagaimana kita menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

 

tak payahla saya share kisah sebenar yg terjadi antara saya dan suami yg berkait dgn tips di atas... tp percayala.... Allah dah tahu apa yg terbaik utk kita, tak perlu kita letakkan terlalu banyak kriteria untuk menemui jodoh kita.... doakan supaya Allah hantar jodoh yg terbaik utk kita.... dan yakinlah kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


" Kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai"


note: terima kasih Allah atas jodoh yang Kau tetapkan ini. rasanya masih indah setelah 4 bulan diijab kabulkan. Syukur :) 

 kadang2 sebelum tidur, kami berborak berdua.... mensyukuri apa yg Allah beri pada kami. Seusngguhnya ramai org di luar sana yang masih menanti nikmat jodoh ini.... terima kasih ya Allah kerana memberi peluang pada kami untuk merasai nikmat ini.


Tuesday, September 3, 2013

Tips turunkan berat badan.... ???


Balik rumah ni nak buka tabung...nak kira berapa kiring duit syiling 20 sen ada...
 lepas utk berapa liter la agaknye ye?

Penangan minyak naik harga

nota kaki: sila jangan keliru dgn tajuk dia atas... sepatutnya turunkan harga minyak, tapi ....errrr