LOVE

LOVE
LOVE

Friday, April 27, 2012

Cinta tiga segi

Love Triangle

Baru je nak bermanja manja tetiba dia dah ada buah hati baru.
Tak pasal pasal kena berkongsi kasih.
Perhatian dia kat saya pun dan kurang...
And the worst thing, dia blh bawa buah hati dia kat mana2 je termasuk bilik tido dia.
Aish.....

Hari2 kena date bertiga.... between you, me n your new baby Samsung :P

Wednesday, April 25, 2012

I will :)

Hari ni nite duty...

Masuk opis banyak email yg berwarna merah (means belum berkesempatan dibaca)

Dalam banyak2 email formal....terselit satu ayat yg sangat saya suka

' Relakan Apa Yg. Terjadi dan Jangan Bersedih, Nikmatilah Apa Yg. Anda Miliki Saat ini '.

Monday, April 23, 2012

Dedicated To You

 
 
 
If I tell you I love you, you'll think I'm lying. But I'd rather tell you I love you and let you think I'm lying than say I don't love you and know for sure I'm lying. 
 
 
 

Thank you, friends... :)



"A friend allows you distance, but is never far away."

Blog Cik Aida

Huhu... Saya tak blh lagi nak baca blog Aida... Sebab... Dia letak pic hamster.... Adoi.... tak siap catalog mcm ni.

One step closer

Apasal dari dalam kereta lagu ni main2 kat minda....
Layan jap.


 
"A Thousand Years"

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more



I'll love you for a thousand more,
Iza_Hafizah


Tuesday, April 17, 2012

Tempoh Menilai?

Dia baik, saya tidak.
Dia alim, saya tidak.
Dia hebat, saya tidak.
Dia cantik, saya tidak.
Dia menawan, saya tidak.
Dia menarik, saya tidak.
Dia tumpuan, saya tidak.
Dia rebutan, saya tidak.
Dia solehah, saya tidak.
Dia semuanya, saya pastinya tidak.

>>> Jangan..jangan kita menilai dia dan kita..yang menilai bukanlah kita selayaknya..tapi, hanya Allah yang BERHAK..kita hanya mampu doa, usaha, tawakkal..ingat, kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..kita hidup di dunia, untuk saling melengkapi.saling memberi apabila mampu, dan berkongsi selagi terdaya..duhai hati, jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI..ingat, Allah saja yang layak untuk menilai dan kita tidak punya skala sempurna untuk menilai..Allahurabbi…

p/s : NILAIAN Allah adalah yang TERBAIK..insyaAllah..

Bawaku pergi

Awak kata kita baru kenal sebulan.... dah mcm2 benda kita buat bersama.

Saya kata dalam masa sebulan.... dah merata2 tempat kita pergi sama-sama.


note: buku merah jgn lupa bawa okey

'Veni Vedi Vinci'





'I came, I saw, I conquered;' - good luck awak :)





Beautiful days

Kalau saya tak tinggalkan yg lama.... tentu saya tak dapat apa yg saya ada skarang.

Terima kasih Allah.

Yes fiza....sabar itu memang indah n I see beautiful days with you :)

Friday, April 13, 2012

Keja Gilerr


Situation1

We just met less than a month.... and we decided to get married.

Open to discussion.

Thursday, April 12, 2012

Karma

Kata kawan saya... Allah itu Maha Adil.

Buat baik berbalas baik. Bak kata orang putih " What u give, u get back"

Cuma situasi saya... bukan org yg sama yg membalasnya tapi Allah hantarkan orang lain untuk beri saya peluang utk menerima balasan yang baik itu.

Terima kasih Allah kerana hantarkan dia pada saya :)

Permudahkan...

Terima kasih Allah untuk segala yang terindah ini.

Permudahkan :)

Sunday, April 8, 2012

Friday, April 6, 2012

Awak..Awak....

Awak kata saya dah makin hilang fokus....

Awak kata lain kali time ckp fon dgn saya.....janganla ada bunyi msg2...

Awak...awak....

Awak marah pun saya rasa awak comei..... wakakkakaka.....

Thursday, April 5, 2012

agak-agaknya...

agak agak libry nak hanta saya attachment kat melbourne ke, uk ke, jepun ke... ada tak

nota kaki: berentila berangan fiza... katalog sebijik pun xsiap hari ni... huhu

Life is Miracle


Life is a miracle, don’t let it slip away,
Open your heart to others, give of yourself each day.
See the beauty in everyone, regardless of where they’ve been,
Some have a difficult journey, and really need a friend.
Share your gifts and talents, listen with your heart.
Do the things you dream about, but don’t have time to start.
Pick a bouquet of flowers, show someone that you care.
Be gracious and forgiving, life is never fair.
Hold on to your courage, you may need it down the road,
We all have a cross to bear, it could be a heavy load.
If you practice all these things, no matter where you roam,
You may find both sun and rain, but you’ll never feel alone.
-google-


KunFayakun

saya petik kata-kata ini, 
"While chemistry and attraction are no doubt important, character precedes them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love."

apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah.

tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar.

saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.

jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.

timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.-fara lee

Tuesday, April 3, 2012

Kawan Saya Kata....




"Jika melepaskanya memang jalan yang terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tapi saling mendoakan kebahagiaan masing-masing"
(Asliza, 2012)
 

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
...
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.