saya petik kata-kata ini,
"While
chemistry and attraction are no doubt important, character precedes
them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but
character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never
be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse
infatuation and lust for love."
apabila
kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang
sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri
menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list
tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin
dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya,
zasss.. "yes i do" jelah.
tetapi
awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita,
istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya
keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa
nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan
berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah,
dia maha Mendengar.
saya
juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di
bawah redha Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus
selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang
betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian')
sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.
jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew.
jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul
salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.
timbul
pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?".
tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu?
sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?".
jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam
diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character
dan chemistry, dua perkara yang berbeza.-fara lee
No comments:
Post a Comment