LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, April 27, 2011

Ironinya...

Masa skg berjalan begitu pantas...

dan


Aku pula semakin gemuk.....


Selarikan?

Terbanglah...

Adikku, Fadhli telah pulang ke Mesir, terbang kembali menuntut ilmu yang masih belum selesai...

Adikku, Syahmi juga pulang ke Kampus sedang belajar ilmu-ilmu kemahiran dan belajar mengenal erti berdikari..

Bagi aku... sebagai kakak melepaskan dengan hati terbuka, memberi peluang utk adik2 mencari ilmu dan pengalaman hidup sebanyak mana yg mereka mahu. Jangan risau pada mak yang ditinggalkan sebab tanggungjawab menjaga mak akan akak pikul selagi bernyawa.

Cuma pesan buat adik2... andai sampai satu ketika, kakak tiada untuk jaga mak, maka pulanglah saat itu dan amibikla tanggungjawab ini sepenuh hati.

Sementara ada peluang... terbanglah setinggi mana adik2 mahu... kerana doa kami sentiasa bersama kamu :)

Tuesday, April 26, 2011

Communication Medium

Dengar crite si manis aida sudah pulang ke Shah Alam....

Agak-agaknya bila la dia nk blanje saya makan....


p/s: saje nk try tengok anta msg melalui blog blh sampai kat receiver x... heheh. Kalau dia respon, confirm dia baca blog aku :P

Thursday, April 21, 2011

Blur

Patutnya hari ni keja malam....

Tapi....

Pukul 8 pagi dah terpacak kat opis. Bukan sebab rajin tapi salah sendiri....

Rugi...rugi...huk huk huk

* Cancel tengok wayang malam ni...huk huk huk

Monday, April 18, 2011

Semalam Yang Hangit

Malam tadi....

Dengan bangganya konon2 nak jadi org pertama yang menjejakkan kaki ke Pudu Raya yang telah dihias canteek... dari jauh dah nampak esclator untuk terbang ke atas... Tak payah mengah2 naik tangga usung beg kiri kanan lagi...

Tapi hajat tak kesampaian...

Turun je dari bas, ntah pakcik manala yang dok memanggil aku "Adik... adik". Automatik meremang bulu roma... apa motifnya tak plak diketahui...

Tapi part paling tragis skali, dah ala2 mcm cite Melayu Gerak Khas time org jahat kena kejar ngan polis... aku pun memecut la melarikan diri dari pakcik tadi. Malangnya, pakcik tadi xstop jugak kejar aku.

So apa lagi, dengan kuasa kuda yg aku ada, aku telah menahan semua kereta yang sedang bersesak membelah trafic lite untuk memberi laluan pada aku... Dan semua break mengejut... Maka berlarilah aku dgn laju merentasi jalan2 kotaraya itu sehingga ke lorong LRT yang ada orang.

Serius, cuak.

Friday, April 15, 2011

Lagu Untuk Awak

Semalam...dia kata lagu ini untuk aku



Emosi Tak Stabil

Minggu ni saya terperasan, berlaku sesuatu pd emosi saya which is memang saya xsuka. Banyak pulak benda yang cepat saja menimbulkan kemarahan saya sehingga begitu payah saya menahan rasa marah itu.

Saya juga begitu sensitif dengan isu2 kecil yang saya rasa saya boleh kawal dgn mudahnya jika saya berada di luar dari emosi ini.

Serius. saya benci rasa ini. Rasa yang boleh menyebabkan saya hilang kawalan dan menyakitkan hati banyak pihak.

Mereka-mereka di luar itu akan bereaksi seolah-olah mereka paham tapi pada hakikatnya mereka langsung tak cuba menyelami apa yang saya rasa.

Sympathy and empathy is two different words... wif different meaning and different feel.

Jadi, saya rasa lebih baik saya berdiam diri kerana itu saja jalan yang selamat.




Emosi jahat..,
I will move on with my life,
no longer letting you be a part of me.






Thursday, April 14, 2011

Cerita Baru

Takde cerita baru...

Tapi....

Akan ada permulaan yang baru...

InsyaAllah

Wednesday, April 6, 2011

Menjana Pendapatan Melalui Blog

Amboi serius beno tajuk harini.... Adakah betul kita boleh menjana pendapatan dengan hanya menulis blog?Kena buat research ckit ni


"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini."- Mira

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee."Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.


"Saya sendiri juga telah menjana pendapatan hampir RM1,000 setiap bulan hanya dengan menulis Blog.Bukan susah pun nak buat blog. Semua orang boleh buat kalau tahu caranya. Yang penting ilmu asas perlualah ada."-Fasz

"Tahun pertama saya menulis Blog nak capai RM100-200 sebulan pun memang sukar. Tapi bila dah belajar melalui pengalaman dan tahu cara yang betul, barulah pendapatan akan berubah sedikit demi sedikit."

Kesimpulannya,


"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," Timothy Tiah, pengarah urusan Nuffnang.

Sumber: Papankekunci.blogspot, majalah.com,http://kursusbuatblog.com


So, dari sumber-sumber ni akan ada step seterusnya. Masih dalam proses pembelajaran. Klau kawan2 ada tips, kongsila :)

Ikuti siri seterusnya.....

Friday, April 1, 2011

Promosi Air Asia

Promosi Air Asia.... beli satu tiketdapat satu tiket FREE... Ini Bukan April Fool... ni betul2.
Harini sahaja 1 April 2011


note: sejak bila plak aku jadi duta Air Asia ni