LOVE

LOVE
LOVE

Tuesday, September 7, 2010

Kemaafan

Entri dalam blog ini yang paling mendapat komen, ulasan dan perhatian ialah BERILAH KEMAAFAN itu. Begitu sukar, tetapi itulah yang menjadi penghalang kita menuju Allah. Sesuatu yang paling sukar itu sebenarnya “marhalah” yang paling sukar dalam jalan mujahadah kita. Ingat saudara/i ku, teliti dengan sedalamnya apa yang paling sukar dan menusuk hatimu saat ini dan kebanyakkan saat-saat mu dalam kehidupan ini. Hingga terasa dalam hatimu, “kalaulah masalah@orang@perkara ini selesai… maka tenanglah hidup ku. Kenapa yang satu ini cukup mengganggu aku?”

Sebenarnya, itulah, dialah, perkara itulah… jika dapat diatasi berpandukan akidah, syariat dan akhlak yang baik, akan membawa kita jauh ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah. Yang paling sukar itulah MAHAR cinta Allah. Allah letakkan mahar itu mungkin pada… manusia yang paling kau “benci”, mungkin pada perkara yang paling ingin kau lari daripadanya, mungkin kepada “penyakit” yang paling kau sedang hadapi kini atau apa-apa sahaja yang paling menekan, menyusahkan dan membimbangkanmu!

Sahabatku, jangan lari. Tetapi hadapi. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Terimalah realiti walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang kau mesti pijak untuk melonjak ke daerah tinggi.

Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, kita selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah kata mereka yang arif, cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.



Perkongsian ilmu dari seorang ustaz: http://genta-rasa.com/2009/09/17/madah-hati-di-aidil-fitri/

Monday, September 6, 2010

Doa dari umi

Bingkisan doa dipetik dr http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/01/redha-dengan-ketentuan-allah.html


Kekuatan ummi adalah sumber dari doa ini,yang ummi hafal dan baca setiap hari, berkali-kali...

Wahai Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan
dan apa yang aku rahsiakan,
Semoga Engkau terima keuzuranku,
Engkau mengetahui hajatku,
Semoga Engkau kabulkan permohonanku,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku,
Kerana itu aku mohon keampunan Mu,

Wahai Allah,
Aku meminta kepadaMU,
keimanan yang kukuh dihatiku,
dan keyakinan yang benar-benar,
sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku
kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku,
dan semoga Engkau jadikan diriku
selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku,
Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Redha

Ana sekarang sedang mempelajari erti redha... kalau ada yg ingin berkongsi, silakan...

Saturday, September 4, 2010

Kesempatan

Cepat sungguh berlalu... terasa sayang untuk melaluinya...
Ya Allah... sempat lagikah aku untuk Ramadhan yg akan datang...??
Ya Allah... panjangkanlah umur kami sekeluarga, sihatkan tubuh badan kami supaya
dapat kami terus beribadat kepada mu...
Sesungguhnya hidayah-Mu ini adalah sesuatu yg tak terhingga bagiku. Terima kasih Ya Allah atas kurnian-Mu :)

Friday, September 3, 2010

MukaBuku Lagi~~

Life is too short to wake up in the morning with regret, so love the people who treat u right, 4get bout the ones who don't and believe that everything happens 4 a reason. If u get a chance, take it. if it changes ur life,let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it...