LOVE

LOVE
LOVE

Sunday, May 30, 2010

SEPI

Bisikku pada bulan...
Kembalikan temanku,Kekasihku, syurgaku.
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku...



*semoga sepi bukan sampai mati ..

Monday, May 17, 2010

Demam Piala Thomas

Piala Thomas sudah pun berakhir... tapi aku bukan nak ulas tentang kekalahan Malaysia tapi kekalahan aku kerana agak sukar menambah minat dalam bab sukan...

Situasi : Dalam kereta

Berungguh benar Oya Sayang, Nur Kasih dan Tomato Oren mengulas mengenai prestasi Hafiz Hashim masa lawan dengan Jepun... katanya tak bersemangat langsung... Kalau korang dengar betul2...kira macam samala macam yg korang tgk lam tv tu...

Servis pun berbalas balas tembakan... selesai Oya, disambut tomato... tak kurang juga Nur Kasih... wah masing2 ada luahan rasa masing2 sepanjang game berjalan... crite bermula dari Set pertama sehingga la akhir...

Hanya aku dan Kak Azni yg belum bersuara... tapi slalunya aku jarang ketinggalan keretapi macamni... Mana boleh jadi ni... nampak sangat tak alert dengan isu semasa... Tak librarian la macamni....

So... aku pun menoleh ke Kak Azni...

"Err... Kak Azni.. diorang tu semua main pakai raket kan?"
Kak Azni menjawab " I penah jumpa Hafiz Hashim life... memang hensem"

Yer...tiba2 je ada pekikan dari dalam kereta tersebut yang mampu menyebabkan tapir2..biawak2...dan burung bertebangan dengan lajunya...

"Hensem ke apa ke... tu semua dah xpenting....arghhhh "

wah...lari Kak Azni....lari... oya naik angin dah....




p/s: Betulkan diaorang main guna raket kan??? eleh...ingat aku tak terror ke pasal badminton ni...

Broadcast Team @ PSAS


Ada projek terbaru di PSAS... Sangat teruja... sekurang2 ada sesuatu yg kreatif untuk dibuat. Bersama kawan2 yg sangatla best..kami memulakan projek itu...khas untuk student2 baru yang akan mendaftar di UPM...Camera ready Take 1... Action!!

Yang bestnya semua yg terlibat memberikan kerjasama dan sumbangan terbaik untuk menjayakan projek ini... (walaupun sbg extra dan krew juga termasuk yg lalu lalang mungkin sebagai props...)

Sangat teruja juga untuk memulakan pengajian dalam bidang Corporate Communication (maklumla tak berkesempatan masa zaman degree dulu)...

Nak crite banyak pun dah penat...Memang penat pun... patutlah artis dibayar mahal...
So, korang layan je la gamba ni ye... :)

Watak-watak utama...

Gaya jurugambar profesional

Indahnya dunia student

Inilah antara kawan2 yg memeriahkan hidup saya di perpustakaan...
Terima kasih kerana mewarnakan hari2 saya setiap hari dan biarlah sampai ke pencen ye




CUT!!

Monday, May 10, 2010

Balik Kampung...

Tiap kali aku balik kampung mesti ada yg akan bertanya

"Balik kampung lagi?"
"Hai kerap balik"
"Ada apa2 ke selalu balik?"

Seperti biasa jawapan aku...

"Selagi boleh balik..."

Benda yg aku pantang bila mak kol n tanya "Minggu ni balik x?" ternyata aku akan balik jugak minggu tu sebabnya panggilan mak mana boleh buat main2 kan?

Bila balik kampung...hati yg sunyi pun tak rasa sunyi... Kalau duduk Kay Ell... aku akan rasa kosong terutama selepas pukul 3 petang setiap hari Sabtu dan Ahad... time ni mula la rasa sunyi sangat2... ish xboleh nk crite feeling tu... dan kejadian sebaliknya berlaku kalau aku kat Taypeng. wlaupun sekadar duduk di rumah...tapi tetap tak rasa boring. Nape ek??

Sebab tu la...kadang2 aku terlajak cuti bila dah samapi di kampung... Bukan salah aku :P

Friday, May 7, 2010

Librarian oh Librarian

Tengah aku godek2 blog...terbaca lawak ni...khas utk tatapan sahabat2 librarian aku...
Aku dapat dari blog ni bicarakueiza


PUKUL BERAPA BUKA?


Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,


"SAYA MAU KELUAR!"

Entri untuk Aida

Ada kejutan di pagi Jumaat...

Wahai kawan...
Tabahkan hati...
Kuatkan semangat...
Setiap penyakit pasti ada ubatnya...

Membaca blog Aida hari ini buat aku terkejut... perkhabaran yang tak pernah telintas di pikiran aku...

"Kadang aku rasa aku ni la manusia paling kebal emosinya... Kadang jugak aku rasa aku memang tak mampu nak kawal emosi... Kadang aku sendiri rasa, takde perasaan ke aku ni??

Tapi tadi depan doctor aku mampu buat muka selamba dan takde perasaan bila dia bagitau keputusan biopsy hari tu... Dia siap dah tepuk-tepuk aku dah as he tried pujuk aku dengan apa yang dia bagitau... Tapi aku boleh buat muka kering, renung dia dengan pandangan kosong... Entah, apa aku rasa masa tu pun aku tak tau...


"Doc, can you say it's nothing and normal?"

"No... It's not normal... And yet you're still young"...


Entah apa ke bodoh soalan aku tadi... Tak boleh nak pikir aku dah... Even he said it's an early stage tapi ada rasa batu besar dah hempap atas kepala aku ni... Yes, its Primary Biliary Cirrhosis

ps: aida... aku akan sentiasa support ko n doakan yg terbaik utk ko... ini ujian Allah...kuatkan semangat...dan jgn berputus asa....nanti ada masa aku akan buatkan satu entri khas utk ko sepanjang perkenalan kita :)...

Thursday, May 6, 2010

Amoi Chanteek!!`

Lokasi : Kedai Siam

Kisah 1:

"Psst...adik... adik...adik" Terdengar siulan jejaka-jejaka yg turut menikmati makan malam di Kedai Siam (kedai ni tomyam dia meletooop). Aku, oya n nurkasih buat ded je... Maklumla dah biasa dengan situasi kena ngorat ni... apa lagi yg terdaya kami lakukan...nak kontrol cun dah memang cun...so kami pun buat2 la bersembang konon2 tak dengar suara-suara jejaka yg sedang sibuk dok mengorat...

"Psst...adik...pst..adik"...wah makin ligat plak abang2 ni... nampaknya bersungguh betul nk tarik perhatian kami ni...takpe... saham mesti mau jaga... xkan nk toleh kot... nanti nampak murah sangat... teruskan berlakon....

"Psst...adik, lampu kereta tak tutup..." alamak..... tetiba je muka oya jadi merah...muka aku leh control lagi... Tanpa perasaan, terus bangun...gi kat kereta...then tutup lampu... Dek kerana nak caber malu, aku pun lalu kat tepi meja jejaka2 tadi... n said "terima kasih"...

Duduk je kat kerusi aku balik.... dah nampak muka Nurkasih n oya dok tahan gelak... ceh hampeh nye kengkawan. Sempat plak oya berbisik "aksi tadi boleh try lagi ek...." cit....

Wednesday, May 5, 2010

Entri utk 'kamu'

Entri ini khas untuk 'kamu'

1 Mei 2010... Genap 2 tahun peristiwa itu berlaku... 2 tahun sudah kita melaluinya... tanpa siapa pun yang tahu... "Hanya Kita Berdua".

Semalam... tanpa disedari kita berbicara lagi tentang itu... Rumusan selepas dua tahun peristiwa itu berlalu.. Kita kini punya haluan yang berbeza...rasa tanggungjawab yg lebih besar utk membahagiakan org2 di sekeliling kita...

"Kalaulah masa tu saya.....mesti kita......bla bla bla"
"Kalaulah masa tu kamu... mesti kita......bla bla bla"

Jawapannya..."tak semestinya" kerana mungkin kamu memang baik... tapi bukan yang terbaik utk aku kerana dalam setiap doaku... "Ya Allah, kalau dia yang terbaik utk aku...permudahkanlah...jika tidak kau gantikan yang lebih baik untuk aku" dan nyata Allah mendengar doa-doa itu..

"Ini yang pertama dan terakhir" dan kini kata2 itu memang kita pegang walaupun selepas 2 tahun...

Seperti nasihat2 kamu... jangan cuba dibandingkan apa yg ada sekarang dengan apa yg ada pada kamu...InsyaAllah akan kupegang untuk kebahagiaan kami...

Kamu menyaksikan jatuh bangunnya insan bernama iza hafizah
Kamu mendengar tawa dan tangis aku
Kamu melayan rajuk hati aku
Kamu menahan kemarahanku
Kamu berkongsi kesukaan aku
Kamu menyokong keputusanku
Walaupun aku tahu...
Kamu terpaksa untuk melakukan itu

Percayalah... walaupun tanpa ikatan.. tanpa sebarang janji... kamu telah mengisi kekosongan hati ini sementara menunggu 'dia' hadir.

Dan kini...selepas dua tahun dia telah hadir... pergilah kamu mencari kebahagiaan kamu... kerana telah ada 'dia' mengisi kekosongan itu...

Dan percayalah... "Kebahagian kamu, kebahagiaan aku juga"

p/s: Jika 'dia' membaca blog ini... ketahuilah ia hanya satu entri untuk seorang kawan lama... Tiada yg lebih,tiada yg kurang..kerana 'dia' adalah yg tebaik utk aku.

Tuesday, May 4, 2010

Monday, May 3, 2010

Lucky Im In Love Wif My Best Friend :)

Daisypath Friendship tickers

Good Bye GerMaN

Lagi 2 minggu akan ada perubahan dalam diri saya dan dia:

1) Tiada lagi percutian mengejut ke GerMan
2) Tiada lagi tiket bas yg akan ter"burn" dari Stesen Putra ke GM
3) Tiada lagi rumah yg saya slalu idam2 kan utk pulang setiap wekend satu hari nanti
4) Tiada lagi Goa Inn Hotel yang sangat menenangkan saya
5) Tiada lagi masa utk saya...(saya harap ini takkan berlaku) -(jarak kami makin jauh )

Dalam masa dia tak sabar menanti peng"hijrahan" ini... saya pulak semakin bimbang...
Perubahan tempat kadang kala...mmm...(biar saja saya simpan di dalam hati).
Pikir positif... harap2 ada sinar dalam peng'hijrahan' ini utk kami berdua...amin.

*Dalam hati masih ada taman yg penuh bunga2...ahaks