LOVE

LOVE
LOVE

Tuesday, March 27, 2012

People said this is art ?

Saya harap gambar-gambar kahwin saya tidak berwarna sedih.

Apa maksud warna yang sedih...?

Bagi saya warna-warna kusam...sepia pun saya tak gemar.

Saya mau warna kawin yang penuh ceria :)





Monday, March 26, 2012

Saya janji

Saya akan berusaha utk sampai ke Seoul, Korea atau paling kurang pun menyaksikan Eiffel Tower bersama dia.

Dan sebelum tu, saya berharap sangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dulu.

Doakan saya.... oh dan juga dia :)

Thursday, March 22, 2012

Cepatnya Masa Berlalu....

Ingat lagi tak?


Result SPM

Semalam adik saya yang bongsu dan satu satunya adik perempuan saya berdepan situasi yang perlu dihadapi oleh semua orang.... hehehhe... amik result SPM.

Cuma situasinya berbeza dgn saya... Masa saya dulu abah la org yg paling gembira (walaupun time tu sy dapat 3A je.... sebab bila abah ke surau ramai yg ucapkan tahniah utk abah.

Saya tak nak share kat sini apa keputusan adik saya.... cukuplah saya nyatakan keputusan dia membanggakan saya sebagai seorg kakak dan tidaklah mengecewakan kami seisi keluarga.

Saya cuma nak menulis mengenai cerita time saya amik SPM dulu. time tu xde mak atau abah anta. naik moto sendiri pegi skolah dan kami pun buat2 lambat nak ke skolah sebabnya takmo kawan2 lain tgk result kitaorg... Maka pagi tu aku, As, Aishah n Leha sempat lagi lepak minum2 kat kedai Mak Teh dekat ngan Aked Mara (Time ni Leha keja part time kat sini). Sedar2 je dekat kul 12 kot baru gerak p skolah.

Mula2 time tgk result tu... tak tau nak describe happy ke frust ke pasalnya time tu 1st time sijil terbuka. Then Pengetua aku merangkap jiran aku kata, result aku ok la tu... terus rasa nak terbang balik rumah.

Bawa moto punya pecut... tangan sebelah pegang result sebabnya sayang nak lipat n tak tau nak selit ke mana sebab satu beg pun xbawa... memang lenggang kankong betul.

Sampai rumah terus cari abah.... dan time tu ingat lagi abah kata " Alhamdulillah " n memang nampak muka abah bangga dapat anak cam aku (walaupun result tu xde la baguih bebenor).

Sampai skg masih lagi terasa perasaan time pecut nak balik umah tu...perasaan tak sabar nak share ngan mak abah.... perasaan yg mcm2.

Saat tu takkan berulang lagi tapi jangan risau adik2 ku... walaupun abah xde dah dengan kita tapi yakinlah abah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2nya. Dan.... korang2 pun jangan lupa doakan untuk abah setiap masa kerana hanya itu yg abah perlukan skg dari anak2 nya :)

Al-Fatihah untuk abah.

Tahniah Fatin!!

Friday, March 16, 2012

Al-Fatihah untuk Abah

Kisah sedih itu telah setahun berlalu.... namun jari ini masih belum lagi boleh menulis kejadian pagi itu.... pagi terakhir abah bersama kami.

Mungkin tak akan banyak coretan mengenai abah walaupun sudah setahun kerana hati ini masih belum kuat lagi bila berbicara atau membaca apatah lagi melihat gambar-gambar abah.

Rindu abah...bila abah nak datang lagi dalam mimpi akak?

Al-Fatihah untuk abah, Abdul Latif binti Ma.

Monday, March 12, 2012

Taktaunakbuhtajukapa

2 minggu kebelakangan ni adalam minggu2 yg menguji... menguji dan kadang2 mengejutkan. satu persatu datang tanpa dijangka. Unexpected. setiap hari ada saja kenalan yg baru... itu memang best. tapi yg tak best bila perlu menjaga banyak hati.... apa aku start merapu ni...

Nantila sambung.... jiwa kacau.

wakakkaka...tapi maintain senyum :)

Tuesday, March 6, 2012

http://farahinlee.blogspot.com/

Dititip dari http://farahinlee.blogspot.com/
Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama




 

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga






Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..