LOVE

LOVE
LOVE

Thursday, October 27, 2011

Buku Pertama Saya

Setelah beberapa hari menjadi cataloger...
Inilah buku pertama saya yg berjaya dikatalog :)




Cuba tgk nama yg dibulatkan tu... Korang ada? (ayat ter riak plak)




Betsnya....

Kalau setiap hari Rabu tiap tiap minggu cuti :)

Tuesday, October 25, 2011

Itik Pulang Petang

Petang kelmarin:

Kakak 1: Fizah... akak nak tanya ni... fizah dah ada yg specel?


Pagi tadi:

Kakak 2 : Cik Pizah dah ada boypren kan?


Nota: kalauy korg nak jawab apa? huh...















Monday, October 24, 2011

Email dari Peminat

i still remember that u like fahrin ahmd..before linda n scha taken him from ur heart..sudenly it's change to asraf muslim..unfortunately he was taken by his fiancee..then 'imam muda' was started...n finally choose 'asraf' also...another bad new he was married...now u 'beralih arah' kpd Dr.Faiz*angkasawan ngra*..i 'tertnya2 who was the guys in ur heart:)peace..jgn marah ye...hhehe.




nota kaki : Dear anonymous, i pun tertanya tanya who was the guys in my heart.... :P

From Taiping With Love


Friday, October 21, 2011

Nak Muntah tak?

••Sαyα tαk bαgus dαlαm [ENGLISH] ,
Tapi sαyα boleh bαgitαhu yαng [I LOVE YOU] ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [GEOGRAFI] ,
Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [SEJARAH] ,
... ... ... Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [KIMIA] ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum ..
••Sαyα [TIDAK HEBAT] dαlαm tiαp-2 subjek ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu αwαk yαng sαyα hebαt dαlαm semuα [SUBJEK] ,
jikα TOPIC nyer iαlαh AWAK ! ♥♡♥♡♥♡
Geli je cinta budak2 ni :P

Diari Cataloguer

Mata terkebil kebil memandang MARC Record

Tapi....





Tapi bila bukak page yg blakang tu..... otomatik jadi segar

Kantoi :P





Tuesday, October 11, 2011

Apabila umur persaraan dilanjutkan 60 tahun...


HAHAHHAHAHAHA.... serius lawak. Part ni saya no komen, tapi harap-harapnya peluang pada yg masih muda ni tetap terbuka :)

Gym


Ada aktiviti terbaru sekarang ni. Baru sekali mencuba, dan hasilnya memang amat berbaloi :)
Sebelum ni selalu juga dengar membe bercerita... tentang kalori, tentang stamina... sampaila satu tahap dia yg bersuara. Kata dia salah satu punca sering sakit kepala kerana saluran darah yg tersumbat. Paling ngeri bila dia suruh bayangkan makanan yang masuk setiap hari tu ke mana saluran keluarnya.... oh tidak!!

Makanya, atas kesedaran itula... saya bersetuju mengikut Cik Oya dan Ninie Suzaini ke gym. Walaupun kat bawah umah dah dilengkapi dgn kemudahan gym percuma, tapi tetap jugak join diorg ke tempat berbayar... gym kat Sri Serdang ni RM 3 je sejam. atas Klinik Mesra. dan part yang paling best instructornya perempuan. So xdela segan sgt nak minta advice nak kecik kan part - part tertentu. Kakak ni siap advice suh kontrol makan  lagi. Kakak ni kata dia makan 3 sudu nasi je sehari... tak dapatla akak. saya ni cepat lapar orgnya :)




Sepatah kata dia....

"Jangan buat sesuatu sebab orang lain suruh, sebabnya bila kita dah tak suka kat orang tu, kita pun takkan buat benda yg disuruh tu lagi. Buatlah sebab kesedaran sendiri tentang kesihatan diri "




Thursday, October 6, 2011

Ibu dan Bos

Kehilangan besar bagi Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Persaraan Puan Hajar meninggalkan kesan yang besar di hati kami.

Bersama Puan Hajar..., banyak yang kami pelajari Puan Hajar bagi saya, punya keunikan luar biasa. Walaupun, saya bukannya direct di bawah penyeliaan Pn Hajar, namun terkesan juga dengan perpisahan ini.
Orangnya luar biasa tapi sentiasa menampilkan kesederhanaanya. Banyak peluang yg diberi oleh Puan Hajar dan juga Puan Hawa kepada kami anak2 muda yang baru bertapak mencari pengalaman hidup.







Mereka yg sentiasa menolak kami ke hadapan.
Mereka juga yang sentiasa mem 'back up' kami
Mereka tidak pernah merperkotak katikkan idea giler kami
Mereka sentiasa ada saat jatuh bangunnya kami
Pada mereka tempat kami mengadu dan tempat kami bergantung harap
Mereka seperti ibu kami di sini


Dan ketika ini...
Kami sudah kehilangan satu dahan bergantung
Dan ketika diberitahu sy akan ditukar ke Cataloguing Dept, saya juga semakin jauh dgn dahan yg satu lagi.
Ketika ini, kami perlu belajar berdikari
Belajar untuk membuat keputusan sendiri.

Mungkin jarak kita semakin jauh...
Tapi kami yakin, mereka sentiasa ada untuk mendengar cerita kami.
Walaupun situasinya sudah lain.

Terima kasih Pn Hawa. Terim kasih Pn Hajar.
Untuk detik terindah ini :)


DUB DAB DUB DAB,...

Esok ada pembentangan bajet.

Bajet dapat bonus + gaji naik.

Namapun bajet.

Hobi

Dia dah ada hobi baru.


Berleter :P