LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, October 29, 2014

Cabaran 30 Hari Day 15: Romantika di Kuching



Hari ni nak throwback balik 1st time kami berdua terbang bersama. Destinasi kami kali ini adalah
Kuching, Sarawak.

Awal - awal lagi kami plan nak buat aktiviti berbeza dari kebiasaan. Kiranya shopping tu kira aktiviti terakhir kami di Kuching.

Request kat Jerry nak spent satu malam kat hotel je tanpa aktiviti yang terlalu pack. So gigihla kami suami isteri google hotel yang terbaik untuk kami habiskan masa seharian tu.

Day 1

Kami landing di Airport Kuching lebih kurang 9 pagi. Terus ambil cab ke


DAMAI PURI BEACH RESORT, SENTUBONG

Perjalanan dari airport ke Damai Puri Beach Resort mengambil masa 45 minit. Anggaran tambang teksi RM75.

Sampai je ke hotel, terus kami check in. Bestnya hotel ni sangat eksklusif dengan jumlah guest yang terhad. So kalau korang smp awal blh terus check in. Tak perlu tunggu sampai pukul 2 petang kan.



Dapat je masuk bilik.... Subhanallah memang kagum sangat dengan ciptaan Allah. Just imagine korang... Dari balkoni bilik korang boleh nampak Gunung Sentubong, laut, dan swimming pool yang memang melambai - lambai.





Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lepak atas katil ditemani bunyi ombak memang terbaik!!!

Lunch kami keluar dari hotel ke food court berdekatan. Betul betul berdepan dengan Kampung Budaya Sarawak. 5 minit je jalan kaki dari Damai Puri Beach Resort. So terus la kami beli tiket masuk ke Kampung Budaya Sarawak. Ni satu lagi tips utk korang yang ada student kad.. Sila lah bawa ye. Tiket masuk tanpa student card RM60 dan utk student hanya RM15. Bezanya masuk dgn harga student ni tak dapat buku yg mcm pasport utk kita cop rumah2 yg kita lawati


Make sure tak terlepas show pukul 4 petang di Kampung Budaya Sarawak. Habis je show, balik semula ke Damai Puri Beach Resort. Petang masa untuk swimming pulak. Mula-mula kami mandi laut pastu terus terjun pool. Dari pool korang boleh order la hot chocalate ke coffee ke minum sambil menikmati keindahan laut China Selatan. Heaven betul!



Kata pun honeymoon kan? Malam mesti nak kena ada candle light dinner tepi laut ditemani hembusan bayu laut (niat hati je la)...Cheewah!!!

So Jerry petang lagi dah request nak book table utk dinner atas deck. Takde la nk request candle light dinner bagai... Kata percutian bajet kan... Hihi. 

So malam terus la kami bersiap ke salah satu restaurant dlm Damai Puri Beach Resort... Agak surprise bila diorg dengan baik hati nya dah setting kan candle light dinner utk kami tanpa kami request.... Waaah feeling feeling romantika giteeeew


So setle la crite 1st day kami di Kuching yang sungguh romantika. Esoknya ekspedisi ke Taman Negara Bako dan kami check out tula hotel ke town pulak. Itu kita sambung dalam post yg lain pulak ye.

So untuk kawan2, yang masih mencari Tempat untuk berhoney moon.., sebenarnya dalam Malaysia ni banyak lagi tempat yang kita boleh terokai.

Berapa rate satu malam di Damai Puri Beach Resort? Kalau book melalaui Agoda boleh dapat dalam RM270 termasuk tax. Tapi staf sini ckp itu harga time bukan peak hour... Bukan cuti sekolah, bukan public holiday. Time cuti macam tu... Kalau korang walk in, harga boleh mencecah RM700++ tau!!

Sebab tu tak ramai orang pilih utk check in kt Damai Puri Beach Resort sebab ingatkam harganya mahal. Tapi ada rezeki, godek2 Agoda boleh dapat harga murah. 

Owh sebelum tutup tirai, lupa nk bagitau... Time bukan peak hour, breakfast are not provided. Tapi jgn susah hati, food court yg 5 minit jln kaki tu menghidangkan makanan yg terbaik!!

Nanti kita sambung utk day 2 pulak ye!

2 comments:

nurulaieda said...

woooowww cantiknye. nak pegi la. sesuai nak tenangkan fikiran ni after abis sem hehe.

iza_hafizah said...

silalah pergi cik aida... memang terbaik dgn makanan yang sgt sedap sedap. rasa dilayan spt puteri hehee