LOVE

LOVE
LOVE

Friday, April 12, 2013

10 April 2012

10 April...

last year...

It was out 1 st date... kluar dating berdua (kononnya)... malu malu kucing, makan di Uptown Damansara...
hahaha..bila time kelu + malu (ckp kat diri sendiri sekejap je ni rasa ni...lama2 ok la... )

Kala itu, baru tersedar sambil malu2 mengomel,"saya sorg je berbaju kurung di malam2 baegini di sini", maka lalulah seorang lagi gadis berbaju kurung.

Fuh... ada geng

"Eh...mcm kakak aku !!" sang lelaki tetiba bersuara sendiri

Kantoi!!

Dating berdua (kononnya) sekali bertukar menjadi berlima... hahaha kantoi dengan bakal kakak ipar yg sama2 pakai baju kurung di kala pukul 10 malam itu di tgh2 uptown...

Kawin..kawin..kawin

i love my friends so much. they help me a lot for the wedding. same goes with my family. they offer me their help  before i dare asking them. 

mode gembira tudung nikah dah siap :)

as return, lepas kawin sy akan blanje korg semua... owh tapi kak tiah minta blanje masakan sendiri kat rumah baru kami...

 InsyaAllah :)

Monday, April 8, 2013

Pilihanraya VS Ijab dan Qabul

Tatkala mengedarkan kad...
ramai yg bertanya,

Macamana ye kalau jatuh tarikh pilihanraya?

Jawapan saya:

Pilihanraya 5 tahun sekali, sy kawin, dlm 29 tahun ni.... ini yg sekali!!

(tapi jwb dlm hati je la :P)

Thursday, April 4, 2013

Ragam kanak-kanak

Salah satu sebab sy memilih utk menyambung degree sy dalam bidang Resource Center Management adalah kerana sy mudah tertarik utk memerhatikan kelakuan kanak-kanak :)

Dari mula mula dulu, sy bercita2 utk menjadi Pustakawan di Perpustakaan Kanak-kanak... menguruskan program kanak2 yg sy rasa cukup menarik utk diterokai. Saya langsung menolak pengkhususan dalam bidang perpustakaan yg saya rasa jalan cerita lebih skema dan more acedemically. tapi apakan daya dh tersurat utk saya di sini :)

dari muda lagi...sy sering dikelilingi anak2 buah sy yg kadang2 akan ikut saya balik ke rumah just to spent time with me. hebatnya mereka walaupun berumur 3-4-5 tahun tapi tak menangis krn mungkin bg mereka menghabiskan masa bersama sy adalah lebih menarik (ayat perasan). so bila ada masa masa terluang saya akan pick up mana2 anak buah yg berdekatan utk saya bawa berjalan2 ke Petroscience, makan2, atau tengok movie kartun yg menarik mengikut kesesuaian cara mereka dibesarkan. jika bersama anak2 buah sy di kampung, cukup sekadar bawa mereka naik kereta..pusing2 kampung...singgah makan mee grg dah membuatkan hati mereka ceria.

saya sering juga mendengar kawan2 bercerita mengenai anak2 mereka... dan kadang2 anak2 buah mereka. menarik!! tapi dlm mendengar kadang2 sy kaitkan juga dgn ilmu psychology yg saya belajar. kadang2 sy agak beruntung bila mana ada ketika kawan2 yg memilih tajuk 'child psychology' utk di share di dlm kelas.

dan ye sy sgt setuju, setiap anak2 berbeza-beza n cara menguruskan dan mendalikan mereka berbeza beza... terus terang sy agak tersentap dan sejujurnya saya tidak berapa suka apabila melihat org sekeliling sy menggunakan pendekatan yg berbeza dgn sy. huhu...sehinggalah sy memujuk diri sy sendiri utk tidak komen apa2 kerana kembali pada pendapat bawa setiap penjaga tahu bagaimana mengendalikan anak2 dlm jagaan mereka.

tapi... hati sy masih juga menidakkan... saya masih juga tidak blh terima... dan sy tahu sy tidak juga layak utk meberi komen. kerana setiap individu adalah berbeza!!

bagi sy..setiap kanak2 mempunyai hak mereka sendiri. sy tidak suka utk bg 'warning' pd kanak2 utk mereka senyap, duduk diam2, hanya kerana mereka menganggu kerja2 kita. bagi saya kanak2 tetap kanak2... ini adalah masa mereka utk bermain.... kadang2 bising, berlari, berseronok bersama sepupu sepupu mereka adalah detik terindah dlm hidup mereka sehingga anda dtg dan menyuruh mereka diam!! maka terbantutlah kegembiraan tadi. mereka diam kerana dimarahi... kalau org dewasa mcm kita tentuila spoil mood sudah... tp di mata kita mereka perlu menghormati kita maka diam mereka menunjukkan respek mereka... but common guys... budak 2-3 tahun disuruh diam... jgn main2... hello... anda juga dulu melalui zaman kanak2 blh pulak bermain.

Pernah atau tidak anda diajak bermain ketika anda sedang bersolat?  Tentu pernah kan?  Ia pengalaman yang biasa dialami oleh ibubapa.  Kadang-kadang dipanjatnya badan kita, dimasuknya celah kangkang kita, dijoloknya lubang hidung kita, ditariknya baju kita, dicabutnya kopiah kita, diduduknya atas riba kita dan macam-macam lagi.

 Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:
“Pada suatu ketika Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar.  Baginda membawa cucunya, Hasan dan Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian mengangkat takbir (untuk solat).  Seterusnya, Baginda pun sujud dan sujud itu sangat lama sekali hingga aku terangkat kepalaku.  Rupa-rupanya aku lihat cucu Baginda itu berada di atas belakang Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka aku pun kembali sujud.
Setelah selesai solat, para jemaah di belakang bertanya:  ”Ya Rasulullah, tadi sangat lama sekali anda sujud hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.”
Ujar Baginda sallAllahu `alaihi wasallam:  Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggunya hingga dia merasa puas bermain.”  (HR Ahmad, Nasa’i dan Hakim)
Daripada hadith ke-5 dan ke-6 di atas, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah menunjukkan kepada kita akan akhlaq yang sangat mulia dan tinggi dengan kanak-kanak.  Betapa Baginda meraikan dan menyayangi anak-anak kecil.  Sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.

Saya ada terbaca satu perkongsian di dlm fb... maka mengukuhkan lagi pendapat sy yg kanak2 perlu diberi peluang utk menikmati kehidupan kanak2 mereka... :) anda bagaimana?

"Protes+lasak+ tak dengar cakap - memang perangai budak 2 tahun".
 Sebagai ibu bapa kita harus menyedari bahawa anak-anak banyak tenaga dan mempunyai keinginan yang kuat untuk memenuhi dorongannya. Salah satu dorongan yang kuat baginya ialah dorongan untuk belajar. 

Jadi, apa masalahnya?". Apabila kita tidak mengenali masalah yang sebenarnya, sampai bila pun masalah itu tidak dapat diselesaikan. Hanya apabila kita kenalpasti masalah, barulah ianya dapat diselesaikan. Dalam Neuro-Semantic NLP, istilah yang digunakan ialah "Well-Formed Problem". Apabila masalah itu "Well-Formed", iaitu dikenalpasti dengan jelas, maka mudah untuk diselesaikan. Seorang anak yang berkelakuan seperti seorang kanak-kanak bukannya satu masalah. Apabila ibu-bapa mahukan anak berkelakuan seperti seorang dewasa - itu masalahnya! Contohnya, dalam situasi dimana anda suami-isteri pergi makan di kedai. Anda nak anak duduk dan makan. Dia sibuk nak turun pergi merayap! Masalahnya bukanlah anak itu "protes+lasak+x nk dgr ckp+degil". Persoalan disitu ialah "Bagaimana nak pujuk anak duduk dan makan apabila pada ketika itu dia nak buat benda lain?" Apabila anda bertanyakan diri anda soalan sebegini, soalan-soalan yang timbul seterusnya akan membantu anda menyelesaikan masalah ini. Contoh-contoh soalan..

Apa ke benda yang dia nak buat tu?
Kenapa dia nak buat benda tu?
Mengapakah benda itu lebih menarik daripada duduk dan makan?
Macamana nak jadikan "duduk dan makan" ini lebih menarik dari benda itu untuknya?
Apakah kesukaan dia?
Macamanakah caranya untuk saya nak sampaikan perkara ini dengan cara yang menarik dan mudah difahami oleh anak?

Apabila kita mampu mengenalpasti masalah sebenarnya, barulah kita boleh kenalpasti apa penyelesaiannya. Bila kenalpasti penyelesaiannya, barulah kita boleh kenalpasti tindakannya. Bila tahu tindakannya, barulah kita boleh kenalpasti apa kemahiran yang diperlukan untuk bertindak untuk menyelesaikan masalah. Kalau tak ada kemahiran.. belajar!


DARI MANA ANAK KECIL BELAJAR MERAMPAS DAN MEMUKUL?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dala
m mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary


# Jom sama2 kita berdoa, agar anak2 kita adalah anak2 yg mudah dan senang utk dibimbing, dibentuk, dilentur. Allahumma Aamee
n