LOVE

LOVE
LOVE

Friday, October 24, 2014

Cabaran 30 Hari DAY 10 : Berehat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Agak kecewa bila telah mengupdate entry ini dengan jayanya... tiba2 berlaku kesilapan teknikal maka hilanglah segala kandungan di dalamnya....'

But its okey... why not kita start it again....

Dari dulu memang bercita-cita nak tulis travelog mengenai percutian. Bersama Shaklee segalanya tak mustahil lagi.... Ingat lagi mula mula dulu nak join Shaklee minta izin dari Jerry untuk cari extra income untuk pergi bercuti... Saya memang kaki travel... skali kawin dengan Jerry sama sama suka travel, maka panjanglah langkahnya. Tapi nak bercuti mesti kena ada duit kan... so itulah sebab pertama kenapa kami join Shaklee :)

Nak dijadikan cerita.... haritu memang letih sangat. So merengek kat Jerry nak check in kat mana - mana hotel untuk berehat. So Jerry serahkan pada saya untuk decide mana-mana hotel. :)

Mula-mula kami check in di sebuah hotel di Klang Valley.... memandangkan tahap kebersihan dia yang tak berapa best terpaksa kami mengundurkan diri.... Last-last tanya Jerry boleh tak kita check in kat


AVILLION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON




Ini gambar kunjungan pertama kitaorang stay di Avillion Admiral Cove, Port Dickson ni....Masa mula2 stay dulu memang rasa relax sangat sebab tu kitaorang decide untuk datang lagi kali ni!


Pada korang yang nak spent masa bergolek golek di bilik hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson adalah tempat yang sangat sangat dicadangkan :)


View dari bilik

Kenapa?

  1. Lokasi tak jauh dari KL....
  2. Deco bilik dia sangat unik.... lain dari bilik bilik hotel yang lain 
  3. Dari bilik... korang dah boleh nampak view kapal-kapal mewah yang memikat hati
  4. Yang paling saya suka...pool dia buka sampai pukul 9 malam dan tak perlu swimming suit.... hehe



Let pictures talk

Ini dari pintu masuk bilik... Sila JANGAN abaikan beg Shaklee tu ye :) 




Dicadangakan korang request Panorama Room with Sea View.... So design biliknya agak unik dan bila korang perlukan privacy just tarik je partition tu.... Kalau rasa nak ambik angin luar... lepak je dekat sebelah tu sambil menikmati keropok lekor, goreng pisang, air kelapa yang kitaorang tapau awal-awal sebelum check in tadi :)





Inilah view kami dari bilik hotel..... Subhanallah tenangnya rasa... hilang segala penat..... Owh yeah... bagi korang yang type work at home punya person macam Jerry... work station ada disediakan.... while saya tengah bermalas malasan..... bolehlah Jerry gigih siapkan2 kerja kerja dia sambil mencari ilham hehehe. Bilik ni lengkap dengan internet tapi perlu pakai kabel yang boleh dipinjam dari kaunter reception....





Breakfast disediakan..... So hanya pikirkan minum petang dan juga dinner. Tak perlu susah hati sebabb di Port Dikcson tak susah nak cari makanan.... Ada pelbagai pilihan kedai kedai makan di sepanjang jalan. So malam tu kami pekena ikan bakaq la.... kan....




Malam hari.... Pantai Port Dickson masih lagi happening... So lepas menikmati ikan bakar... kitaorang lepak lepak kat pantai. 

SERIUS HAPPENING!! 

Masa kami pergi tu... pukul 12 malam pun ramai lagi orang kat pantai dengan aktiviti masing masing... golongan remaja dgn aktiviti bola tampar pantai.... yang mak dan ayah bawak anak anak mengejar ketam.... dan yang paling best ada lori-lori kecik yang jual colek colek..... best la makan colek colek tepi pantai sambil menikmati bayu laut.....


Esoknya sebelum check out... Manager bertugas hari tu berbesar hati bawa kitaorg pusing-pusing bilik bilik lain yang disediakan di Avillion Admiral Cove, Port Dikcson





Lain orang lain citarasanya... so terpulang korang nak pilih bilik mana.... Janji korang enjoy dan rasa rest je sepanjang kat sana.



Berapa rate semalam???

Rate dari AGODA boleh dapat dalam RM280- Rm300 per nite. Untuk gomen... ada government rate tau, yang penting bawa kad staff.


So kalau korang sedang survey hotel mana untuk korang bermalam tanpa aktiviti pack dan memang nak memanjakan diri.... Avillion Admiral Cove, Port Dickson adalah sangat sangat kami cadangkan





Last but not least tempek sekeping gambar buah hati saya yang sentiasa support saya all the time :)




Cinta hati saya.... yang support saya all the time :)

2 comments:

Amni Sofia said...

Belanja sy fiza dok hotel tu..

iza_hafizah said...

heheheh.... jom la kita share