LOVE

LOVE
LOVE

Tuesday, February 18, 2014

Baby dan Demam kuning - Jaundis

Minggu ni berkesempatan menziarahi saudara mara dan kenalan yang melahirkan baby. Ramai juga baby yang kena demam kuning ni. Dah jadi fenomena biasa pulak demam kuning.

Mengenali Jaundis


1.Jika bayi anda asyik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.

2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. - Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. - Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. - Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya di klinik-klinik berhampiran

3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan.



Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:




  • Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  • Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.


    Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter.



  • Apakah punca demam kuning?

    1. Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal.
    2. Kurang diberi susu ibu.
    3. Jangkitan atau kelahiran yang trauma


    Apakah Rawatan Demam Kuning? 

    Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi- penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun. - Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat jika

    Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

     -Time ni la yang buat hati mak ayah sayu... blum sempat peluk cium baby, baby dah kena berdikari :(


    Susu ibu cara pencegahan yang mujarab!

    1. Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin.
    2. galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam


     Rawatan tradisional?

    Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca. Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.



    Jangan ambil mudah!!


    Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul: 

    1. Pendengaran bayi akan terjejas
    2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.



     Sekiranya jaundis berpanjangan?

    Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing normal?

    Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu. Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi.

    Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu, bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound. Ini mungkin diikuti dengan pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning. Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat, memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.

    Petua orang lama:



    Petua baby demam kuning @jaundis




     IZA HAFIZAH
    017-7224442

    Set penyusuan kami membantu untuk tambahkan susu badan.





    No comments: