Lama tak mencoret di sini...
Sekarang dalam proses mencari rumah.... rumah yang akan jadi pengikat cerita cinta kami.... rumah yang akan menjadi syurga untuk kami :)
Sedar tak sedar... dalam tempoh pencarian kadang kala saya tercerewet sedikit... mungkin ada kalanya bukan sedikit.... hehehe...
Rumah... mungkin bagi sesetengah couple... asalkan cukup untuk hidup berdua... dan murah
Begitu juga dengan saya...
Inginkan yang murah.... dan tentunya selesa...
Bukankah rumah itu syurga kita...
Rumah itu yang akan melambai2 supaya kita pulang cepat... menghabiskan masa di rumah....
Rumah bukan perlu dinilai semata2 keadaan rumah...
Tetapi juga persekitaran
Kadang kala mengimpikan bila azan berkumandang.... sang suami bergegas ke masjid utk solat magrib atau isya' berjemaah
Kadang kala berangan - angan utk terbang ke rumah secepat mungkin apabila tamat waktu pejabat...dan kala sang suami pulang ke rumah, sudah ada hidangan makan malam yang terhidang
Kadang kala juga mengimpikan menyediakan bekalan utk sang suami menikmatinya di waktu kerja kerana punya banya masa, tidak perlu tergesa2 ke opis di subuh hari...
Petangnya.... di hari minggu blh bermain badminton, beriadah bersama di halaman rumah
dan yang paling seronok... di kala kelapangan ada saudara mara, sahabat handai yang sudi mengunjungi syurga kami dan tentunya hidangan enak menanti mereka :)
Itu semua angan - angan ku... mungkin juga kami.
Slalu juga mendengar komen-komen dan nasihat org sekeliling.... tapi biasalah gadis degil seperti aku, kadang2 cerita-cerita mereka hanya ku dengar dan langsung tak diterima sebagai rujukan, kerana mungkin citarasa mereka berbeza... impian mereka juga mungkin berbeza.
Dan sekali lagi... itu semua impian aku dan mungkin juga kami.
Jangan di'tidakkan'
sebab semuanya tak mustahil bila ada dia bersama...
dan tanpa keberanian, mimpi tak akan jadi kenyataan.... :)
No comments:
Post a Comment