LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, April 6, 2011

Menjana Pendapatan Melalui Blog

Amboi serius beno tajuk harini.... Adakah betul kita boleh menjana pendapatan dengan hanya menulis blog?Kena buat research ckit ni


"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini."- Mira

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee."Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.


"Saya sendiri juga telah menjana pendapatan hampir RM1,000 setiap bulan hanya dengan menulis Blog.Bukan susah pun nak buat blog. Semua orang boleh buat kalau tahu caranya. Yang penting ilmu asas perlualah ada."-Fasz

"Tahun pertama saya menulis Blog nak capai RM100-200 sebulan pun memang sukar. Tapi bila dah belajar melalui pengalaman dan tahu cara yang betul, barulah pendapatan akan berubah sedikit demi sedikit."

Kesimpulannya,


"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," Timothy Tiah, pengarah urusan Nuffnang.

Sumber: Papankekunci.blogspot, majalah.com,http://kursusbuatblog.com


So, dari sumber-sumber ni akan ada step seterusnya. Masih dalam proses pembelajaran. Klau kawan2 ada tips, kongsila :)

Ikuti siri seterusnya.....

No comments: