LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, July 24, 2013

Rindu abah ngan mak :(

 bergenan air mata baca crite pakcik ni... teringat kat mak n arwah abah... Allah, banyak sungguh pengorbanan mereka.... ntah berapa byk kalila mereka ikat perut utk anta duit anak dia di universiti....

sedih.

sampai skg pun tak mampu bayar kembali jasa mereka. dan tak sempat pun nak bayar jasa abah :(

__________________________________________________________________________



Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita.

*Kongsikan Untuk tatapan semua..

Monday, July 22, 2013

Promosi Tune Hotel Julai 2013

Godek godek website Tune Hotel skali tengok harga bilik utk Ogos ni hanya RM 38 semalam... kebetulan kami suami isteri nak ke Terengganu melalu Kota Bharu so ingat nak stay la 1 malam kat Kb...

Kalau g Kb aku memang suka betul stay kat Tune Hotel Kota Bharu. Lokasinye strategik bagi aku yang jarang sewa kereta...slalunya fly je g sana, lebih jimat. Terletak di belakang KB Mall memang amat mudah untuk jenjalan kalau dah tahap abis pusing tempat2 shoping di KB.... Ada famous amos, secret receipe...hihi.

Yang paling buat aku suka stay kat Tune Hotel Kota Bharu ni adalah kerana menyediakan kafe yang bagi aku menunya agak menarik dengan harga yang bukan taraf hotel. so blh lepak2 kt balkoni kafe sambil menikmati nasi kerabu  dan french toast yang kena dgn tekak aku...

Orang kata tune hotel ni harga je murah... tapi kena tambah semua bagai tup tup jadi mahal jugak... tapi bagi aku, lepas tambah aircond + toiletries + towel, harga nye tetap relevan. ye la sbb dia ada pakej utk semua ni. tambah kira2 10-20 ringgit je... so total dlm 50 ringgit... hotel yg selesa dgn harga lebih kurang 50 ringgit, lagi mau demand.

Tahap kebersihan setakat ni aku dh try Kota Bharu n Johor Bharu....bersih n selesa. toilet berkilat. cuma biliknye kecil...jgn la imagine tahap2 marriot gitew... tapi kebersihan level nye sama je...malah lebih bersih dr Grand Continental Langkawi. next aku cite pasal hotel kat Langkawi.... Tune Hotel aku rekemen, tapi Grand Continental...mmm.... buruk sikitla.

Baik stay Tune Hotel baru lagi.... kan?

Lebih kurang ginila... ok la kan?

Muat2 je utk solat belah tingkap tu


Thursday, July 18, 2013

Iklan Planta

Perasan tak iklan PLANTA tu...

Ala... yang ada kat tv, ada kat radio....

Berharap budak tu nak makan masakan mak..... kena tengok banyak kali ni bila mood memasak hilang time dah ada anak nanti.....




Monday, July 15, 2013

Biskut Raya Super Spontan dibuka untuk order

Hi kawan -kawan...

Nyum...nyum.... biskut rangup dibuka untuk tempahan...
Sedap...rangup...
Dalam nak meniaga ni dah abis dekat 5 balang duk mengunyah...
Ni pun duk teringat-ingat ni....
Sedapnya...... balik ni kena buka sebalang lagi la!



 Makmur (50 biji) = RM 24
 Cococrunch, cornflakes (50 biji) = RM23

Okey...cepat cepat.... dah banyak order yg kami terima... dah banyak yg repeat order.
anda pasti tak menyesal.........

hubungi saya iza 0165004940.

Friday, July 12, 2013

Ramadhan yang datang

Bulan Ramadhan sudah menjelma...

Pertama kali menyambutnya sebagai seorang isteri. Syukur.

Dahulu, kala bangun bersahur di rumah mak semuanya sudah terhidang. tinggal nak kunyah saje... air pun mak dah bancuhkan. Tak terfikir bagaimana kehidupan selepas berkahwin.... mampu ke bangun awal nak sediakan menu bersahur, kehidupan di rumah bujang apatah lagi...lebih santai. cukup sekadar segelas milo, sekarang sebelum tidur dahpikirkan menu untuk bersahur...

Tak sangka saya mampu hadapinya. Kawan2 pun ada yang tak percaya saya masak hampir setiap hari utk makan malam. berbeza betul cara hidup saya dan dahulu. Kini, balik kerja tidak boleh sesuka hati untuk menyinggah... lepas makan malam (kalau bukan di bulan puasa) bolehlah kluar semula.... tapi jarang-jarang ini berlaku. saya yang cepat penat walaupun cik suami ready aje utk bawa ke mana yang dipinta.

Ntahla... sehingga hari ini, selepas 2 bulan berkahwin saya masih lagi kagum dgn diri sendiri. diri yang cukup berbeza dari sebelumnya... apa yang menjadi insoirasi saya cuma saya lakukan kerana Allah... hanya syurga yang saya perlukan dan syurga itu sekarang letaknya di kaki suami...

Kalau memasak yang diingiinkan...itulah yg saya hidangkan
Kalau meniron baju yang dipinta... maka berseterika la saya.

Pinta la apa saja..kalau itu dari encik suami jarang yang saya tolak... mungkin juga tidak ada.

Sekarang percaya bukan... semua orang boleh berkahwin. Ready atau tidak, terletak pada diri kita..

Semoga syurga tempat untuk saya kelak. boleh bertemu abah. :) sedar tak sedar tahun ketiga puasa tanpa abah. minggu lepas mimpikan abah sampai demam seminggu. sudah 3 kali Ramadhan, tapi hati masih tidak kuat. air mata masih mudah bergenang sesekali terkenang. kata orang..., bersyukurlah sekurang-kurangnya awak masih ada ibu. alahai...apalah yang mereka paham tentang kehilangan selagi mereka tidak melaluinya. owh saya sgt berharap tidak ada siapa yang akan melaluinya kerana kehilangan memang amat menyakitkan. bukan utk sehari, sebulan tapi bertahun tahun untuk anda bangkit kembali.

Al-Fatihah untuk abah. Maaf abah, malam itu dalam mimpi kala abah bawa sy bersama abah, saya tak nak ikut. saya takut. Mungkin saya belum cukup bersedia untuk ke sana. Tapi satu hari saya juga akan ke sana ke tempat abah. Cuma ntah bila masanya.... tunggu ye abah nanti kita bertemu di alam sana.

Monday, July 8, 2013

Tudung nikah untuk disewa

Assalammualaikum kawan-kawan...

Ye harini x btb nak buat promosi....

Tudung nikah untuk disewa.
Tudung pengantin untuk disewa
Tudung akad nikah pun untuk disewa
Tudung kawin utnuk disewa

Nama berbeza, tapi sehelai je benda yang sama.

Memandangkan ada kawan2 yang bertanya mengenai tudung nikah and ada yang berminat utnuk pinjam / sewa dan juga ada yang telahpun berbuat demikian maka saya sewakan tudung nikah saya.

Almaklumla dari pengalaman memang susah nak cari tudung nikah...Nak tempah pun mak oii mahal beratus ratus. Tudung ni actually selendang yang berawning, cumanya awning nye ditambah dgn sedikit perincian

so offer dibuka bagi kawan2 kawan dan bakal bakal pengantin yang berminat untuk menyewa.

Pic tak dapat lagi dari OP so kita masukkan je la mana yang ada okey...xde yang close up sangat

So, bagi pengantin pengantin sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Nilai..... yg dekat2 dgn UPM or equine ataupun Taiping blh lah contact saya Fiza 0177224442 .Tengok dulu... kalau berkenan boleh sewa dalam tempoh 2 minggu.

Harganya RM 50 (nego) dan depositi RM50. :)

Tudung nikah untuk disewa

Tudung nikah 2013





Close up ni je yang ada.... manis kan suami saya,errr... salah topik

___________________________________________________________________________________

Ok ada tambahan pic dari pengantin lain yg dah guna tudung ni... :)






Note : veil tidak disertakan skali ;0


IZA HAFIZAH
0177224442