LOVE

LOVE
LOVE

Wednesday, October 31, 2012

10 000 langkah sehari


Berjalan 10 ribu langkah dapat membakar sebanyak 387 kilo kalori iaitu bersamaan dengan satu pinggan mi goreng - Utusan Malaysia

10,000 = 387 kilo kalori


*tadi g toilet dr opis..... 150 langkah
10,000 langkah = 67 x 150

maknanya utk sepinggan mee pagi tadi 67 kali pergi toilet.
Abis tu.... yg utk lunch n dinner ni nak jalan g mana plak.


Adoi haiiiiii.... beauty is pain!!!

Tuesday, October 30, 2012

Pening

Scope kerja

Akaun
Bajet / Peruntukan  100k + 75k
Sebutharga - USD/ GBP/ diskaun
Approved order
Kluarkan P.0
Terima D.O
Peoses invois



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan :

Pustakawan....


Fuh...................... kalau apply accountant pun tentu bank tak reject punya la!!

Besday present in advance

Seperti biasa... rutin tahun tahun kebelakangan ni... dah bertekad nak belikan sesuatu yg specel utk diri sendiri setiap kali tibanya my besday...

So utk tahun ni...terlebih awal merancang... maklumle banyak ongkos diperlukan sejak akhir2 ni...banyak perancangan yg dirancang secara tiba2... tapi takpe... bak kata status fb sy hari ni..
" Where there's a Will there's a way"

Okey...berbalik kepada topik awal tadi.... dengan ini saya menghadiahkan utk diri saya sendiri.....




Jeng 




Jeng






Jeng


.
.
.
.
.
.
.


Itu dia....

                                                        Royal Orchid 33pc Dinner Set



set pinggan mangkuk... tea set.... arcopal.... yea..... berbunga bunga tengok pic kat atas ni... dah order, dah dapat tapi tak sempat nak belek2 lagi... ntah macamana la selama hidup tak penah terpikir langsung nak membeli pinggan mangkuk... slalu tgk mak punye je.... tapi kali ni terpengaruh dgn cik suzila,,,, kak ju... n kak zura.... design sy pilih sebijik mcm kat dalam pic ni.... ni yg makin teruja nak ada rumah sendiri ni... blh main masak masak... makan makan.... (fuh...berangan.... tak ingat.... )..... ok bye!!

 



Friday, October 19, 2012

Mood selsema

mood : heavy flu... arghhh.. mai sapa ada masa tlg temankan saya.... gedix!!

Thursday, October 18, 2012

Nite duty

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?


Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Dah baca banyak kali pun...masih terkedu. bagaimana ye kehidupan akan dtg... tambah2 time keja malam mcm malam ni. macamana pulak mereka2 yg bertugas di kaunter? rela kah mereka? ada masa kah mereka utk pelum cium anak2 mereka atau hanya dalam tidur mereka. sempatkah mereka nak mengajar anak2 mereka alif..ba...ta... atau pun menyiapkan keja skolah?
 
yg bekerja dr pukul 8 ke 5 pun dah kepenatan....
 
ntahla.... 
 
note: mood keja malam macamni la...

Tuesday, October 16, 2012

❤ Fairytale ❤






My life itself is the most wonderful fairy tale
  
HH

Es una sorpresa

Never tell people how to do things. Tell them what to do and they will surprise you with their ingenuity.


Smalam bersemangat ke rumah Datin Elly, our Mrs President for KTS sebab nak amik tas tangan yang dikirim sekembalinya beliau dari 'over the sea'. (over sea la sgt :P)

Mula- mula...makan-makan...., borak-borak...., sampai la jam hampir ke sebelas malam handbag idaman masih belum dikeluarkan lagi.

Sebelum tu dr opis lagi dah tanya kak Eli brape price handbag tu.... Kak Eli kata datang dulu nanti cerita. Ok, fine!!! 

Bila kak eli bawa kluar je handbag tu.... tada........... simple n nice n the best part ayat Kak Eli " it have been paid!!" 

"Wow!!!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I ask for a flower.... but i get a bouquet of it!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rupa-rupanya inilah surprise dr buah hati saya.... again!! rupa2nya dia lebih dulu dah kirim dari Kak Eli dan bayarkan skali.... wah komplot dgn Kak Eli... n he request Kak Eli bagi pada saya without him being present. (english carca marba :P)

Thank u kak eli n thank u my lovely buah hati... sy sgt teruja dapat hadiah ini. senyum sampai telinga.... thanks for everyting.... and seriously sayang.... u alwaz make me feel special.  :)

Buah hati, Its not about the price, its the value


note: tajuk kat atas tu sebab tgh amik mood katalog buku2 france /german, spanish.... so kalau korg rajin google la maksud dia :)

Monday, October 15, 2012

Mimpi

Malam itu mimpi yang datang sungguh bermakna...

Mimpikan abah datang.... dalam mimpi tu, saya tau abah dah takde dalam dunia ni....cuma abah datang singgah sekejap. Saya tengok abah duduk di sofa menonton bola.... tapi heran sepatah kata pun tak keluar dari kami berdua..

Tiba-tiba cepat saya lari ke bilik, capai handphone.... dan telifon si dia.... saya ckp, cepatlah dtg kalau nak jmp abah...abah ada ni... nanti tiba2 abah akan hilang.... (macam2 faham2 abah akan kembali ke alam dia).

Saya semakin gelabah.... cepatlah datang ke blh buat video call.... nanti awak tak sempat jmp abah.... nanti awk blh kenal abah....sambil jenguk2 ke luar takut abah hilang.

Tapi lepas tu.... sy dh tak ingat apa berlaku... :(

- - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - -- - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - -

Bila sy bgtau dia.... dia kata awk teringin ye abah kenal saya... takpe, abah tentu tau ... sedekahkan saja Al-Fatihah... 

Al-Fatihah utk abah... nanti sampai masanya sy bawa dia ke pusara abah. Abah jgn risau...skg dah ada org jaga saya mcm abah jaga saya... dia ckp dia tak boleh amik tempat abah tapi dia akan jalankan tanggungjawab dia mcm abah buat. dan setakat ni.... Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan memudahkan. abah jgn risau sbb saya dah tak sorang2 lg di sini, rasa sakit itu juga semakin pudar.

bila saat sukar itu datang dulu, slalu saya pujuk hati...saya yakin kalau abah ada tentu abah teman yg setia ....tapi kan abah, anak manja abah ni tetap tak pandai pam tayar kereta sendiri...huhu dan tahun ni sy akan blajar buat road tax kereta sendiri. owh abah nak tau... sy dah beli kereta baru sebab saya terpaksa sbb lepas abah meninggal, kereta abah asyik buat hal. sy rasa dia merajuk kot. setiap kali bawa kuar dr taypeng mesti tersadai di tepi jalan. pertama kali sy balik ke taypeng lepas abah tinggalkan kami, dlm bas sy menangis sebabnya selalu abah yg tunggu sy di bus stand kan... tapi xpe abah sbb skg syahmi dah cekap bawa kereta. masa kereta rosak dulu pun nasib baik ada fadhli n syahmi... adik2 semua dah pandai berdikari dan tau tanggungjawab masing2...Alhamdulillah.... fatin pun dah masuk universiti... klu abah ada tentu abah bangga kan... mesti abah yg antar fatin kan... masa isi borang pendaftaran, baru tersedar fatin jd 'anak yatim' tp dia sgt kuat abah... dlm sedih pun dia dpt score SPM n the best part dia dapat course yg memang menjadi idaman dia :)

Sebab tu sy cakap...abah tak perlu risau.... semoga abah tenang di alam sana. sampai masanya kami pun akan ke sana juga. entah cepat ntah kan lambat....

Rindunya kat abah.... dtg la lagi dlm mimpi2 kami.

Al-Fatihah utk abah.





Wednesday, October 10, 2012

Its a Prank!!!

Sebelum start nak gelak dulu.....hahahhaha...sorry firdaus.... saya hanya menjalankan tugas ur beloved wife cik linda....

dari awal lg linda dh ckp nak celebrate besday hubby dia merangkap bestfren kitaorg dari kecik.... so, without any detail plan, tetiba je linda kata esok firdaus tak free sbb nak g main badminton.... so dia bgtau nak celebrate malam ni blh jugak.

Maka... rancangan pun bermula.... Mr Hezreey ditugaskan membeli kek (owh sungguh pandai buah hati sy pilih kek).... saya pulak dipertangggungjawab kan untuk meng'arrange'kan kehadiran firdaus manakala as dan nina sbg saksi di tempat kejadian dgn cerita2 yg sungguh gempak!

Episodnya bermula begini.... Mr Hezreey dgn baik hatinya memberhentikan kereta di tepi jalan yg sesak dgn kenderaan lalu lalang utk sound effect yg lebih real. Maka pelakon memulakan tugas
"Firdaus, hang kat mana....tlg aku kereta membe aku rosak la...temperature naik.... mai sini jap...call jerry xangkat2....cepat sikit wei.... aku takut ni"

"jap2 aku spare air.... mana tau bocor"

"Eh...takpe...takpe...dalam keta aku ada air dah :P" - terpaksa bg alasan ni sbb xnak susahkan ang..... (patut biar je :P)hahahhaha

so... stage pertama dh lepas..... maka bergerakla kami berempat utk standby kat McD yang terdekat....Sempat lg msg firdaus sbb rasa bersalah takut plak mamat ni bw keta laju.

"Takyah rushing sgt....kitaorg dah drive pelan pelan,,,tunggu kat paking MCD"

Tiba-tiba panik lak bila dia call dia dh smp paking McD... susah plak nak kaber gelak.... suruh Firdaus masuk dulu...minum dulu nanti pelan2 cite psl keta rosak.... Firdaus menurut perintah tanpa bantahan.time ni as plak mainkan peranan..... pung pang pung pang... kereta berasap...temperature naik...kaberater....bla bla bla....
Sehinggalah kek kluar diiringi lagu "Happy Besday" dari kitaorg..... hahahhaha

"Its a Prank!!!!!"



Happy besday my best fren forever... Mohd Firdaus Adnan... Semoga panjang umur.... murah rezeki... bahagia dunia dan akhirat....

Serius wei... pasni kalau aku call emergency, urgent... tlg la percaya sbb aku takkan repeat idea dua kali....hahahhahah



Note: Bagus si Firdaus ni...best fren punye pasal sampai tak terpikir pun benda2 yg kantoi yg lain :

1. Linda buka whatsapp dia n delete msg2 kitaorg yg dh terkantoi.
2. Linda beria nak folo tgk kereta rosak...slalu xnak ikut kalau firdaus kua malam.
3.Linda sikit punye berhias... edit2 tudung.... padahal Firdaus nak cepat
4. Mula2 aku ckp keta Nina rosak...As pulak blh terkantoi ckp kereta ang kan baru servis Fiza.... er.... keta sapa yg rosak?

Nape aku ckp dia bagus?
1. Pakai baju simple je dtg betul2 tujuan nak resque....siap ckp kat linda bukan nak turun keta pun :P
2. Nak spare air tu tak tahan....
3. On the way...blh lak teringat tak bawak torchlight..... 

Hahahahha.... kawan cmna lagi korang nak cari? kan kan kan..... terbaik la bro!!! see u next year!!! 
jangan mara ye..... :P

Monday, October 8, 2012

EvErLaStiNG LoVe


“If you press me to say why I loved him, I can say no more than it was because he was he and I was I.”

Thursday, October 4, 2012

Cerita Malam itu...

Asalnya memang xde plan apa-apa.... tapi jauh di sudut hati sentiasa terpikir macamana nak celebret besday si buah hati sebabnya dah genap sebulan 'janji belum ditepati'.

Tiba2 kluar idea nak dinner bersama housemate ku Abs n Kak Emi....Maka, terpacul lah idea nakal nak prank kan my domok... hehhe.

Masa bgtau kat abs n kak emi... abs ada offer nak dia belikan kek siap2... Time tu beriya je kata tak payah sbb dlm hati nak buat benda ni dgn usaha  hasil titik peluh sendiri.... peluh la sangat!!

Sampai la time nak gerak dr Alamanda ke De Tasik, UNITEN minta abs tlg order kan kek dulu. bukan pe takut terkantoi plak kalau order depan besday boy... tetiba pulak abs msg "babe, kat sini xde jual kek". Arghhh...sudah.... takpe rilek2 dulu sbbnye time ni org sebelah dah stat bising sbb duk sms je dr td.... so time ni spontan je kua idea order je buah ke apa ke janji cucuk lilin.

Ok... sampai je ke destinasi.... pucuk dicita ulam mendatang...bila si dia minta excuse kejap... so time ni terus panggil waitres tanya apa yg ada utk surprise besday.... adik waitress ni minta maaf ckp lilin memang xde kat cni....dulu mmg ada jual2 kek... skg dh takde... ok idea spontan terus order 'banana ice cream' and sekali lagi request nak cucuk lilin jugak.... adik ni dah tak tau nak ckp apa dah.... smp last ckp kat adik amik order tu ... "adik cari la yg lama2 punye kot kot ada dlm laci mana2 ke" hahhahaha..... adik tu pun beralah "ye la kak... saya cuba!!!" and lst but not least request anta lepas kitorg makan diiringi dgn muzik ye...please.:P.

Kat de'tasik mmg slalu ada diaorg nyanyi dr table ke table... adik tu ckp diaorg ikut sape dtg dulu diaorg akan g ke table tu dulu... paling geli hati, bila tetiba sepatutnya turn table kitaorg tapi abang2 yg nyanyi tu skip meja kitaorg... abs n kak emi dah heran... terus bising2 nape dia skip meja kita. Time tu aku tahan je gelak sbb diaorg blh plak tak perasan sedangkan diaorg kan dah tau plan aku....hahhahaha.

Sampaila dah abis makan....abang2 nyanyi tu terus duduk meja diaorg... berenti rehat kot. abs stat hairan lg.... dan muka dh stat kecewa sbb xdpt request lagu. lawak betul time ni... tetiba abang2 tu bangun n datang kat kitaorg...yeay!!! dah boleh request lagu tapi dukacitanya 2 lagu yg kitaorg request takde dlm senarai....so aku request "dealova' specially utk dia.

Abis je lagu dealova...masing2 dh standby sebab tau blh request 2 lagu tp tetiba je abang ni terus sambung ngan lagu pelik... aik.... xkan main ikut suka hati je.... (aku gelak lagi dlm hati)...

Dan....tetiba je lagu tu bertukar menjadi "Happy Birthday" song.... sambil diiringi adik waitres tu bawa aiskrim yg ada dua lilin.....yeay.... sbb ada lilin jugak!!!

Maka...bertukarlah wajah si dia menjadi kaler pink...merah...oren bergabung lalu meletup!!!HAHHAHA...

Maka beramai2 la kami meraikan hari jadi MOHD HEZREEY yang ke... 17++...

Happy Belated Besday....May  hapiness alwaz be with u!!!

note: jmp lagi next year... InsyaAllah









































































































































































































Tuesday, October 2, 2012

100 things i like about u ( Part 2)

okey-okey... seperti yg telah diwar2kan kini tibalah part 2, .... ada tak yang tertunggu? (perasan :P)

22. Bila awk nak tinggalkan sy lama sikit... atau sy yg nak tinggalkan awk...awk mesti akan bekalkan sy dgn beberapa bekalan pengubat rindu... yg blh sy tengok hari2 atau baca hari2. apa tu? tanya sendiri dgn dia :P

23. Bila sy bgtau saya sakit kepala... awk dh sediakan panadol utk saya... owh tp sbb sy tak suka ubat, panadol tu akan bertukar menjadi famos amos. heheh...

24.Saya tau awk tak pernah ataupun memang jarang dgr radio 'melayu' tapi dgn saya awk kadang2 kena jugak beralah especially time naik keta sy walaupun slalunya saya kalah :p

25. Sy suka sangat bila sy  dah set kat mind kita tak berjumpa utk haritu ... dan dgn tiba2 awk ada kat depan pintu bilik opis saya... heheh. I love surprise!!

26. Saya suka bila awk ajak sy g pasar malam....ronda2... makan2.... (sy mmg kuat makan)...ronda lagi.

27. Awak cakap hati awk tak serasi di KL... bila sy tanya mana yg serasi dgn awk... n ur answer is Taiping.... okey blh beli rumah kat taypeng!!

28. Setiap aktiviti luar sy...tak kira la dgn kawan2 opis ke... geng2 KTS ke... panjat broga, tgk teater, makan2, awk sentiasa excited utk join. tp sebenarnya sy pun suka join geng awk :)

29. Owh skg awk dah pandai edit2 pic kita guna hp canggih awk tu dan awk akan whats app kat saya :)

30. Bila kita dah takde idea apa nak buat.... awk slalu kua kan idea spontan which is buat sy teruja... cthnya teman saya buat assignment sambil bekelah di tepi tasik.... cool!!

31.  Saya suka bila awk bawa saya berjalan2 di luar Kuala Lumpur walaupun tujuan asalnya kadang2 sbb nak ke kenduri je... tapi sy tetap suka!!

32. Bila time nak tgk movie.... sy hanya perlu ckp yes sahaja dan awk yg akan uruskan booking tiket atau beli tiket. Best part..., kalau sy nak tgk cite melayu, awak layankan aje.

33. When talk about preparation... we do it together walapun org slalu ckp laki slalu malas nak pikir benda2 mcm ni... n as i alwaz said itu lelaki lain...bukan awak :)

34. Awak sgt suka window shopping.... saya pulak tak berapa suka especially time tak banyak duit tp bila sy ckp sy nak shopping awk akan teman sy sampai sy beli n at the same time blh jd image consultant utk sy.

35.Bersama awk... it was 'give n take' relationship... which mean bukan saya saja memberi dan awk menerima but most of the time sy menerima dan slalu awk yg memberi :)

36. awak slalu ckp saya come.... hahhahaa.... (sape lg nak puji sy kalau bukan awk kan?) 

37. Last but not least, sy teruja bila tau hari2 awk akan buka blog saya setiap pagi kat salah satu tab kat monitor awk...kan? so.... teruskan membuka sampai episod ni habis ye.


Alamak.... sy kena setlekan assignment.... nanti saya sambung ye.....owh sebelum tu no 38

38. Awak selalu tolong setlekan assignment sy......hehehhee thank u sayang!!!


Errr...tlg saya buat assignment lagi blh? errrrrrrrrrrrrrrr..............

NOTE: post ini sambungan dari -love is everwhere-

Monday, October 1, 2012

Belated Besday Dinner

Adui....

ada org tu sampai merah2 muka.... apa dah jadi???Bak kata Kak Emi kaler muka dh same kaler baju...
Terima kasih pada kawan2 yg sama2 memeriahkan dinner malam tadi.....Terima kasih pd abang dan kakak waiter/waitress yg supportive, terima kasih juga pada abang2 bandboy yg tujukan lagu utk kami....

Maaf sebab sengaja postpone genap sebulan..... hahahha 
As long as 30 is still 30 and specially for 30.



No besday cake but its banana boat for ur besday :)


Agak2 apa awak rasa ye??? 
*Rasa pisang la*

Hehehe...


Love is everywhere :)