Baru berjinak2 nak menulis...baru nak belajar bercerita...berkongsi apa yang ada... support me k?? Oh ya juga pengedar shaklee :)
LOVE
Thursday, July 28, 2011
Kisah Bandar Sri Permaisuri
aku boleh kluar masuk pagar umah aku tu tanpa guna access kad.... dah tu xyah susah susah nak tulis nama pun pasainya aku senyum je, gate tu pak guard dah tlg buka... Dan yg terbaru pagi smlm Pak Guard kat pintu masuk pagar umah aku tu dah pandai wish "Good Morning" kat aku. Nampaknya usaha aku semenjak dua tiga menjak ni dah berhasil....
Semalam aku tapau nasi bersup ayam kat kedai sup terkemuka area umah aku ni... aku minta bungkuskan skali dengan sambal kicap. barula kick sikit time nk makan.... skali adik kat dapor tu bawa kuar satu balang sambal kicap suh aku bawa balik...., mak oii kalau dah tahap leh gurau-gurau cmni, kira dah mcm sedara la gamaknye kan?
Makcik nasi lemak depan pagar umah aku pun dah pandai tanya.... "xkeja ke harini..." bila aku turun beli nasi lemak pakai tracksuit je.... confirm makcik ni dah blh ingat hari2 aku keja pakai baju apa.
Kakak dobi indonesia kat ground floor pun dah rajin tego aku bila aku nak kuar ujung minggu.... dengan ucapan "keja jauh ke dik harini?"
Yang belum bejaya aku ramahkan tinggal abang yg jual kedai runcit kat bwh umah aku je.... :)
Nampaknya usaha utk dapat title "Mayor of bandar sri permaisuri" akan terlaksana.... wakakakkaka
Doaku
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”
Wednesday, July 27, 2011
Ambang Ramadhan
Terkejar - kejar...
Banyak sangat bengkel, mesyuarat....
Semuanya sebab nak kejar sebelum puasa...
Tak salahkan kalau bermesyuarat...berkursus di BULAN RAMADHAN?
Wednesday, July 20, 2011
Dr Faiz???
1 hour 43 mins ago
Apakah maksudnya?
Dr Faiz baca blog saya ke?
TS Boutique
Walaupun taste kami berbeza... tapi saya tetap bangga memakainya :)
Thanks... awak :)
Thursday, July 14, 2011
Terapi Terbaik
terapi terbaik saya time boring boring xde kerja adalah dengan melayari laman web Air Asia...Firefly... tengok tengok mana pakej yg murah, walaupun tak pergi tapi tetap rasa puas
Tapi sekarang...
terapi terbaik saya adalah dgn melayari laman laman web yg ada jawatan jawatan kosong terutama kat area belah taypeng... rasa kenyang walaupun xlunch lagi.
:)
Owh Dr Faiz Lagi....
"Hardworking maid is hard to find"
Pastu.... saya jawab
"Kawin je la doc :P"
Dan hari ni Dr Faiz gelakkan statement saya
Dr mesti ingat saya main - main kan.....? Tapi kan.... memang saya main main....
Jangan marah doc...peace :)
Wednesday, July 13, 2011
Kisah 1 Malam
Ini kisah benar....
Kisah kawan baik saya.... dan cerita ini berlaku malam tadi.... :)
semalam mase tengah ajar anak aku ngaji iqra"3...
aku:ta,ya baris dibawah bunya tiiiii..kena bace panjg..
anak:mama,nape ya ni takde tande baris?
aku:sebab huruf ya ni tandenye mati...
anak:macammane die blh mati mama?aku terdiam sekejap....
aku:ikut je mama bace ni....
pastu anak aku ni tunjuk plk huruf lain..
anak:mama,yg ni mati ke pengsan mama?
haha.....tergelak aku sesorang....
Tuesday, July 12, 2011
Tentang dia dan ayam penyet
Seperti irama dan lagu, jika dipisahkan maka pincanglah lagu.
Apa yg aku merapu ni kan??? hehhehe.... Sebenarnya, tgh dok syok khusyuk buat keja tetiba je hp berbunyi...ada msg
"Kalau xdan awak tapaw nasi ayam penyek bleh?"
Mak oiii...sampai mcm tu skali. Sanggup dek kerana alang2 dh kena outstation ke KL ni, mesti nak singgah jugak makan ayam penyet.....Dahla ayam penyet punye kedai tutup awal... paling last order pun kul 10.30. Kalau nk dikira jarak perjalanan dari sana memang xsempat nk smp sebelum 10.30 mlm ni.
"Mestila boleh...teringin ke?kul 10.30 awk xsampai, saya turun beli k?"
Msg sent.
mmm....kalau xsempat alamatnya kena berkelah la kita.....
tit tit
"ok syg"
Adoi....Dia punye respon rasa cam aku nk p beli 10 bungkus tapaw utk dia...ngeh ngeh ngeh...
Tips Resume Yang Bagus / Baik
1. Resume yang menarik
Resume yang menarik bukanlah bermaksud perlu menggunakan kertas yang berwarna atau bercorak – corak. Apa yang dimaksudkan adalah menarik secara profesional. Resume anda perlulah memiliki suatu daya tarikan yang mampu memikat hati pembaca. Resume anda perlulah jelas dan tidak berjela – jela panjangnya. Menarik yang ditekankan di sini adalah susunan dan bentuk resume anda. Anda perlulah mengatur resume mengikut turutan kepentingan. Ini kerana pembaca lebih tertarik di muka hadapan berbanding helaian berikutnya. Bentuk pula perlulah kemas dan disusun pada bahagian – bahagian mengikut bidang masing – masing. Perkara utama perlulah ditonjolkan bagi memudahkan pembaca mencari bahagian yang dikehendaki.
(Aku baru cadang nak print atas kertas kaler-kaler sebab masa Kursus b4 grade dulu, penceramah tu ckp biar kertas kaler2 nampak lain dr org lain, company akan pickup dulu )
2.Susunan ayat dan penggunaan bahasa
Tidak perlu anda menggunakan bahasa kiasan ataupun bahasa yang penuh dengan persoalan dan tersirat. Ianya akan meyebabkan pembaca menyampah untuk memahami apa yang difikirkan anda. Anda hanya perlu menggunakan bahasa yang biasa dan jelas. Tetapi padat dengan isi yang penting. Tulis terus isi yang dimahukan. Selain itu, perlulah anda menyemak sekerap yang mungkin bagi mengelakkan kesilapan tatabahasa ataupun ejaan. Ianya akan memberikan impak yang kurang baik kepada diri anda jika ada kesilapan ejaan.
( Bab ni aku lebih prefer guna Bahasa Inggeris... and when it comes to BI, korang paham2 ler, jgnkan berkias... nk direct to the point pun kadang2 tergelincir)
3.Tampilkan nilai diri anda
Jangan segan silu untuk merasakn diri anda ini begitu bernilai buat syarikat tersebut. Ungkapkan diri anda ini seorang yang begitu berharga dan memiliki keunggulan tersendiri. Sekiranyan anda ada melibatkan diri dalam beberapa aktiviti, tuliskan pencapaian anda bagi menunjukkan kualiti diri anda. Walaupun ianya kecil, tapi perlu dituliskan kerana ianya melihatkan kualiti dan kelebihan diri anda. (Part nak jual diri ni memang penting... confident kena ada, bukan korang perlu menipu tapi jangan katakan tidak sebelum anda mencuba)
4.Elakkan resume yang biasa
Anda disarankan jangalah meniru atau mengikut resume – resume yang baisa dan selalu diguna pakai oleh kebanyakan pemohon. Ini akan menyebabkan anda mempunyai tahap nilai yang hampir sama dengan pemohon –pemohon lain. Anda perlulah membuat resume berdasarkan syarikat yang ingin dipohon. Setiap resume yang dihantar kepada syarikat yang berlainan perlulah berbeza. Jadi, kajian awal terhadap syarikat tersebut perlulah dilakukan. Jangan menganggap semua syarikat adalah serupa. Ini akan menyebabkan penilai resume anda akan menganggap semua pemohon adalah serupa.
Kesesuaian diri anda terhadap syarikat yang ingin dipohon amatlah penting. Ia merupakan aset yang bernilai buat syarikat itu. Jangan malas untuk meluangkan sedikit masa untuk memberikan fokus terhadap resume anda. Pastikan ianya berkualiti dan berada yang terbaik dalam lapisan – lapisan pemohon lain.(Inilah yg sedang usahakan, nak pastikan berkualiti bukan sejam dua adik oiiii.... pastikan korang tahu apa yg terkandung dlm resume korang k... elakkan copy n paste semata mata.)
SELAMAT BERJAYA!!!
(sorce: Portal Jawatan Kosong Malaysia)
Inilah permulaanya....
So, sekarang ni aku tgh nak siapkan sikit lagi utk cover letter.... resume2 ini akan dengan bahagianya bertebangkan ke seluruh pelusuk taiping, dan daerah2 di sekitarnya.
Jadi, bersabarlah org taypeng.... bahawasanya akan tiba Ketua Jajahan baru di Taypeng....hehehhe (perasan)...
Cepatlah dapat respon dr mana2 company... bukan sebab penat berulang alik Taiping ke KL, tapi dah bosan dgn kehidupan KL kot... :)
Boleh gitu?
Wednesday, July 6, 2011
Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa
Aku pun tak pasti... mungkin mood aku yg xberapa baik time ni atau keadaan hotel tu sendiri.
Yang pastinya.... aku memang amat kecewa dengan hotel ni... pasalnye org kata "Indah Khabar dari Rupa". Maybe salah aku gak kot sebabnya meletakkan high expectation kat hotel ni.
Maunye tak.... korang google sendiri la website hotel ni... Tengok pic bilik dia sikitnye meletooops... siap ada spa lagi.
Tapi, sesampainya kami ke hotel berkenaan.... segala angan2 hancoor... biliknye berkonsepkan hotel lama... lain sungguh seperti yg dibayangkan.
Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran hotel tetap bersih dan selesa cumanya utk aku yg xsuka hotel2 lama, maka amat mengecewakan.
Pilihan di tangan korang.... :)
Hotel Kota Kinabalu lagi
Sorry..saya bercuti panjang, sekembalinya dari Sabah, bersambung pula ke Melaka krn Pak Long saya meninggal dunia.
Jadi, seperti yang aku janjikan di entri sebelum ini....tentang Imperial Boutec Hotel
ianya memang tidak mengecewakan. Kedudakan nye yg memang strategik betul2 turun je terus boleh lintas Pasar Filipina apatah lagi Pasar Malam yang penuh dengan mutiara bling bling tu... Kalau korang tengok entry yg aku post sebelum ni kan ada gambar2 dr website lebih kurang gitu la keadaan biliknya. Masih lagi baru... cuma agak sempit. Tapi cukup utk kami tido bertiga :)
Part yg paling best...canggih tu toilet dia... korang blh pilih nak sembur air kat bahagian mana badan korang... bhg muka, badan atau bawah...hahahha (jenuh jugak aku pikir cmna nk guna shower tu ).
Yang pastinya Imperial Boutec ni xde masalah utk kita check in awal (kul 9 pagi camtu..tertakluk pada kekosongan).
Nanti ada masa aku upload pic hotel ye....
Pada yg nak bercuti.... selamat bercuti :)