LOVE

LOVE
LOVE

Thursday, May 30, 2013

DIA segalanya

Semalam kala memandu keseorangan...

hujan renyai membasahi bumi...air mata turut sama mengalir...

Rindu abah :(

Abah, anak abah yg sorang dah berkawin dgn lelaki yg baru dikenalinya... lelaki yg di matanya seperti abah... lelaki yg diyakini boleh menjaga nya hingga ke akhir hayat anak abah ni. lelaki yg memenuhi kembali tempat bermanja anak abah yg telah lama kosong sejak abah pergi...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari tu di Langkawi

si suami gigih mengajar isterinya berenang... menyelam....

masih lagi gagal utk mengapungkan diri... rasa putus asa mula menyerang.

"dah umur 30 tahun.... kenapa sy kena paksa belajar berenang lagi, sayang?"

dan cik suami memberikan jawapan yg cukup buat sy terdiam.

"supaya bila sy takde nanti...anak2 kita nanti tak boring sbb mama dia blh bawa anak2 swimming"

Ya Allah... kala malam yg sunyi, kala si suami sedang lena dalam tidornya... wajah itu diperhatikan dalam-dalam. Pinjaman Allah yang ini cukup indah. terdetik di hati, lama mana pinjaman ini Allah beri utk aku.

Jika kekasih yg seorang ini juga di ambil mu, Ya Allah......

Dunia dan segala2nya milik Allah. Ku mohon Ya-Allah, Kau panjangkan umur insan-insan kesayangan di sekelilingku.
Amin....


Saya dah kawin!!

skg ni setiap petang sy tak sabar nak balik rumah...
tak sabar nak jmp buah hati saya...
n the best thing is tak sabar nak peluk cium dia... hahaha..

Buah hati... malam ni sy balik lambat. kelas terakhir utk semester ni atau lebih tepatnya utk seluruh master sy selama hampir 3 tahun ni....

tunggu sy ye :)

Isteri,

iza_hafizah


Wednesday, May 15, 2013

Sebenarnya dia Suami Saya

Alhamdulillah :)







Bahagiakah kita?? - Titipan Ustaz Pahrol

”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”
”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan  rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”


"Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”