LOVE

LOVE
LOVE

Thursday, March 28, 2013

Bilik Untuk Disewa / Room For Rent April 2013

Kawan- kawan

Ada bilik kosong di rumah kami untuk disewa :)

Medium Room - Female / Muslim (Working / Student)
Room can fit 1-2 person (but only stay 3-4 person) in one house.
Privacy and Clean environment.

Rental : RM 350 per month (nego) - so kalau kongsi 2 org baru sorang  RM 175
Deposit + Utilities RM 600 (nego payment method)

Facilities : Partly furnished house (room is empty):
sofa, cabinet kitchen, water heater.
near to LRT/KTM station
24/7 security guard, swimming pool, gym

Immediate Intake, April 2013!!

Call me : Hafizah 0165004940 / Abs 0123110466 :)

Wednesday, March 27, 2013

List to do....

Owh bila si dia ckp genap 30 hari yg tinggal tetiba ;terpanic' sekejap... in 30 days, exam, presentation, kemas barang, basuh rumah, pindah rumah, kad jemputan ..... eh banyak lg rupenye....

Ok..baru tersedar takde check list... fiza... fiza... fail to plan, plan to fail. Ingat tu!!!

apa kata list je dulu semua dlm otak... letak kat cni, so kalau sy tak ingat, awk leh ingatkan. kan? kan? kan?

1. Cincin kawin awak
2. mic utk nikah (call pakcik mc-sabtu)
3. deco guest book
4. deco doorgift
5. stiker tupperware
6. lagu2 utk majlis (jika ada) - (burn cd dr kak tiah)
7. paper lantern ( kalau byk duit + masa)
8. jmp rf (pelamin) (sabtu)
9. fitting baju (trisya)
10. katering ( final)
     - nikah
     - sanding
 11. paper bag doorgift (sabtu)
12. tuala bentara (sabtu)
13. tudung nikah
14. create event kat fb
15. beli setem (pos kad)
16. hantar hantaran ( hati berbunga ingat pen smalam)

ok setakat tu.... buat masa ni...banyak benda yg sy kena balik taiping dan setlekan deko2 di sana... bukan apa ruangan nye lebih luas... jadi blh berkreatip... so buat masa skg longgokkan saja semua barang dlm kereta... kesian white winter jadi stor sementara waktu... sabar ye white winter (nanti ada rumah sendiri blh ringankan beban kamu). skg, hidup berkongsi tak berani nak bawa naik barang2 sesuka hati... huhu. hanya kita saja yg paham :).

n utk harini... exam mid term!!! fuh....


Wednesday, March 13, 2013

Sakit lagi...

Semalam saya mc lagi...

Sakit... rasa cm nak menangis pun ada....

dari tahun lepas silih berganti sakit datang... demam seminggu... Allahhu Akbar. seksanya hanya Allah yang tau....

Bos pun dah mula bersuara " Lately ni Fiza slalu sakit ye"

Sengih

Buah hati pun ada juga ckp pasal ni. Ntah kenapa daya ketahanan diri, imunisasi badan dah tak sama macam tahun2 yang dulu. Mungkin sebab dah ada tempat bermanja kot. Tet.

Ntahla... mungkin juga dulu tak sempat langsung nak pikirkan diri sendiri. All out untuk org lain dan cuba untuk jadi kuat utk org lain.

Dan hasilnya.... badan yang telah dilanyak dulu dah mula nak tunjuk protes :(

Sabar je la....


Ni badan sy yang cakap...bukan saya ckp tau

Friday, March 8, 2013

Kisah anak askar

Ralit membaca post terdahulu mengenai kronologi Ops Daulat yang tercetus di Lahat Datu....
Gigih membaca satu persatu...setiap ayat tanpa tertinggal satu perkataan pun...

Entah mengapa... kalau cerita 2 yang melibatkan ketenteraan memang kusyuk sungguh membaca.... kalau dulu di zaman kanak2.... sanggup habiskan masa di perpustakaan untuk cari buku-buku berkenaan tentera. Kisah pengorbanan seorang askar... kisah anak bini yang ditinggalkan.... kisah kisah peperangan. Masa tu semangat berkobar2.... darah tentera mengalir mungkin inspirasi dari abah.

Time tu.... tengok banyak kali cerita 'Prebet Badul' tak pernah rasa boring... Leftenan Adnan even Sarjan Hassan pun blh layan banyak kali. Kisah Bukit Kepung.... ish banyakla....

Bila cerita Lahad Datu timbul... bila peperangan dilancarkan... benda pertama yang dibuat pagi2 celik mata terus on internet nak update ada 'ambush' tak dijalankan. slalu ternanti nanti update terkini. kadang2 rasa nak terbang ke sana nak melihat sendiri suasanan di sana.

Dan... sampai ke hari ni....masih lagi belum bosan menunggu berita tentang Lahad Datu...tentang Sabah. Moga Allah permudahkan urusan kami.



Entah berapa kali sy khatam buku ni.... bila dah besar baru tau Kanang tu wujud... sengal betul fiza ni



**
Sayangnya cucu cucu abah tak sempat nak dengar cerita2 perang abah kan.... dulu abah slalu ckp takde sorg pun anak abah yang ikut jejak abah.... Mungkin anak abah bukan tentera... tp semangat itu tetap ada pada anak abah.... Tapi xpe abah... nanti sy critekan pada mereka bila sampai masanya nanti :)




Ops Daulat

OPS DAULAT : MALAYSIA STRIKE BACK.

SYABAS ATM DAN POLIS

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

SYABAS MALAYSIA

Sumber : militaryofmalaysia.net

Tuesday, March 5, 2013

He reply...



I'll be there for you 
When the rain starts to pour
 I'll be there for you 
Like I've been there before 
I'll be there for you 
'Cuz you're there for me too. 
No one could ever know me 
No one could ever see me 
Seems you're the only one who knows
What it's like to be me 
Someone to face the day with 
Make it through all the rest with
Someone I'll always laugh with 
Even at my worst I'm best with you 

edited from martha kauffman on Edited specially for u