LOVE

LOVE
LOVE

Thursday, June 30, 2011

Nasib Si Tikus

Hai la nasib....

nasib la sebab jadi tikus bukan singa...

Tapi....

Ustaz kat Radio IKIM pagi tadi kata

" Wahai singa-singa di sana, jangan pandang kecil pada kami si tikus ini... kerana walaupun kami kecil, kami bisa mengigit kamu wahai singa-singa"

Note: Korang sendiri pikirlah maksud aku ni.....

Wednesday, June 29, 2011

Pergi Tak Kembali

Alhamdulillah telah selesai semuanya...

Al-Fatihah untuk bapak @ pak long yg telah kembali ke Rahmatullah Jumaat, 24 Jun yang lalu. Ini kematian ketiga dalam keluarga terdekat kami untuk tahun ini.

Bermula dengan Pak Lang, kemudian abah menyusuri diikuti pula oleh Pak Long.

Mereka empat beradik.... Mak Jah, Pak Ngah, Mak Lang, Mak....

Bulan pertama... suami mak lang pergi mengadapa Illahi, belum sempat Mak Lang habis edah..... tiba2 dikejutkan dengan pemergian abah yg kami sayangi. Mak pulak dalam edah....
Sekali lagi, belum sempat mak abis edahnya, dkali ni Bapak pulak dipanggil menemui Illahi.

Maka, tinggallah Pak Ngah yg perlu menjaga saudara2 perempuannya kembali.
Semoga mereka diberi kekuatan menempuhi dugaan ini.

Al - Fatihah untuk Pak Lang, Bapak dan teristimewa buat abah tersayang.... Bila makin ramai di sana, terpikir juga adakah kehidupan di sana lebih bahagia?
Yang pasti...kami juga akan ke sana nanti.....

Wednesday, June 22, 2011

You... I love

Everyday, comes sunny or rainy weather

It no longer seems to matter

Just thinking of you makes things better

Because I know I have u as my partner


My Love for you will last forever

All our times together I will remember

I know our future can be much happier

Because my love for you keeps growing stronger :)


You... i love

Wednesday, June 8, 2011

Sabar?

Betul tu mawarnafastari

"Mujur ada perkataan sabar dalam dunia ini "

Tuesday, June 7, 2011

Al-Fatihah untuk abah

Hari ini sudah 101 hari abah pergi tinggalkan kami...

Pergi tanpa pesanan...

Tapi kami tetap redha...

Percaya bahawa setiap yg terjadi ditentukan oleh Allah.

Semoga Allah merahmati abah... semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan syurga tempat untuk Abah kekal selamanya...

Al-Fatihah untuk abah.

Percutian Bajet - Hotel Kota Kinabalu

Berhajat untuk membuat lawatan repeat ke Kota Kinabalu...

Sambil2 dok google hotel-hotel yang menawarkan pakej menarik.

Sebelum ni, time pegi bersama family dulu, kitaorg stay kat Promenade Hotel. Walaupun di luarnya nampak macam apartment yang agak lusuh, namun kat dalamnya memang sesuai untuk kami bertujuh time tu... apartment Promenade ni berkonsep kan studio di mana tiada bilik disediakan. ada 2 katil twin... so yg lain2 tu (lelaki especially) tidor bawah beralaskan comforter.... yg bestnye dlam almari disediakan comforter lebih khas untuk tujuan itu :) selesa dan yg penting bersih. kalau xsilap kos satu malam time tu RM175 sahaja.

So lebih kurang beginila keadaan studio room yg kitaorg stay tu...

Tapi...
Kedudukan promenade apartment ni agak jauh ke belakang sekiranya kita nk ke Pasar Filiphina atau pun pasar malam. Mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tapi dek sebabkan tiada pilihan lain untuk apartment terdekat, Promenade Apartment merupakan tempat yg sesuai bagi anda yg berkunjung bersama keluarga yg ramai tapi dengan bajet yg terhad.


Untuk kunjungan kedua ni,
kami dah pun buat tempahan. kali ni bersama kawan2 plak.... kami memilih Imperial Boutec Hotel sebagai destinasi penginapan kami. Dengar ceritanya Hotel ni kedudukannya sangat dekat denagn Pasar Malam dan Pasar Filiphina. Pendek kata turun bawah je... sejauh mana kebenarannya??Tunggu.... 18 jun ni :)

Dari google search....




Superior Romm -City view - Government rate RM150

Berharap sangat apa yg dipaparkan di website Imperial Boutec ni sama dengan kenyataan nye... Jangan"indah khabar dari rupa" udahla ye

ok, nanti dah balik KK, will update again... :P

Thursday, June 2, 2011

Seth Tan?

Source: Google

Finally i met my Mr Seth Tan :)

Who?

Adala.... :) :)

wujud ke lelaki romantik cm Seth Tan ni in a real life??